web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Benar Permohonan Rafizi Dapat Dokumen Gaji/Elaun Bekas CEO Sapura Energy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 9:20PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, untuk mendapatkan dokumen berhubung gaji dan elaun dibayar kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sapura Energy Bhd, Tan Sri Shahril Shamsuddin.

Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Haron memerintahkan syarikat itu mengemukakan dokumen yang diminta Rafizi dalam tempoh sebulan dari hari ini.

Peguam Ahli Parlimen Pandan itu, Navpreet Singh, ketika mengesahkan perkara itu selepas sesi pengurusan kes hari ini, berkata bahawa permohonan itu dibenarkan  kerana ia berkaitan kes fitnah yang difailkan oleh Shahril terhadap defendan (Rafizi).

“Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 15 Mei, iaitu, untuk mengemas kini mahkamah berkenaan dengan pematuhan syarikat terhadap keputusan mahkamah untuk mengemukakan dokumen tersebut,” kata Navpreet.

Pada 24 November tahun lalu, Rafizi telah memfailkan permohonan itu dan meminda pembelaannya yang difailkannya pada Julai tahun lalu.

Dalam permohonan itu, Rafizi telah memohon kebenaran mahkamah untuk Sapura Energy mendedahkan pakej imbuhan dan elaun Shahril.

Shahril memfailkan saman terhadap Rafizi pada Mei tahun lalu, berikutan kenyataan Rafizi dalam tiga artikel yang disiarkan di akaun media sosialnya antara 31 Mac hingga 4 April tahun lalu.

Artikel tersebut sebagai reaksi terhadap kewajaran menggunakan dana awam untuk menyelamatkan syarikat itu seperti yang dicadangkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mahu kerajaan menyuntik lebih banyak dana ke dalam Sapura Energy. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 54 minit yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad