web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan SEA: PESAKA Sasar 2 Emas Daripada Pesilat Negara Di Kemboja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 10:09AM

Megat Zulkarnain Omardin berkata PESAKA meletakkan sasaran rendah pada temasya sukan dwitahunan itu memandangkan 75 peratus daripada keseluruhan 22 pesilat negara yang dipertaruh kali ini adalah muka baharu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) meletakkan sasaran dua emas kepada pesilat negara yang akan bersaing dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja bulan depan.

Presiden Pesaka Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata pihaknya meletakkan sasaran rendah pada temasya sukan dwitahunan itu memandangkan 75 peratus daripada keseluruhan 22 pesilat negara yang dipertaruh kali ini adalah muka baharu.

Beliau berkata pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran spesifik berhubung acara yang mempunyai peluang cerah untuk menjelmakan pingat emas buat negara di Kemboja memandangkan kesemua pesilat tidak kira yang lama mahupun baharu berpotensi melakar pencapaian membanggakan buat Malaysia.

“Saya lebih bersikap terbuka semua atlet ada peluang untuk menyumbang kerana tak mahu atlet muda ini terbeban, kalau dulu ada Mohd Al-Jufferi Jamari mesti dia sumbang emas.

“Bagaimanapun, saya tak mahu beri tekanan kepada atlet muda kerana mereka belum biasa tapi saya percaya mereka mampu apatah lagi pasukan kita sekarang ini dikendalikan bekas pesilat negara seperti Mohd Fauzi Khalid dan Siti Rahmah Mohamed Nasir,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Ramadan dan Sumbangan Aidilfitri Pesaka di sini hari ini.

Megat Zulkarnain juga berkata Pesaka mengambil langkah berhati-hati dalam menetapkan sasaran pingat selepas mengambil iktibar daripada pengalaman pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam yang menyaksikan mereka hanya membawa pulang dua emas berbanding tiga disasarkan.

“Di Vietnam, ada beberapa insiden tidak dijangka seperti Mohd Al-Jufferi kalah di peringkat separuh akhir kerana kecederaan dan kita hilang satu emas, jadi kita ambil kira pengalaman dan berhati-hati dalam umumkan sasaran,” katanya.

Kem silat negara dijangka menyertai 17 daripada keseluruhan 22 acara yang dipertanding di Pusat Konvensyen Chroy Changvar pada Sukan SEA kali ini.

Sukan SEA 2023 akan dibuka secara rasmi pada 5 Mei ini dan berakhir pada 17 Mei. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad