web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Rogol Anak Tiri Didakwa Esok, Berdepan 32 Pertuduhan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 12:47PM

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lelaki yang direman bersabit kes rogol anak tirinya berusia 16 tahun bakal berdepan dengan 32 pertuduhan rogol, amang seksual dan seks menggunakan objek di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka esok.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 36 tahun itu yang bekerja sebagai pengajar kelas renang, akan dituduh esok selepas menerima arahan pertuduhan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN).

Menurut beliau, siasatan kes sudah selesai dijalankan dan dirujuk kepada PPN semalam bagi mendapatkan arahan lanjut.

Katanya, arahan diterima adalah untuk menuduh suspek atas 11 pertuduhan rogol mangsa bawah umur mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan 12 pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Suspek juga akan dituduh atas lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek dibawah Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan rogol mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainol berkata, bagaimanapun isteri suspek berusia 40 tahun yang turut ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan pula akan dijadikan saksi pendakwaan.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, siasatan mendapati mangsa dirogol oleh bapa tirinya sejak awal Januari 2020 dan kejadian berlaku di bilik tidur mangsa pada tengah malam di rumah mereka di Taman Maju Jasin.

“Mangsa sedang tidur sebelum didatangi suspek yang bertindak menutup mulutnya dan merogol mangsa tanpa kerelaannya. Ketika kejadian ibu mangsa sedang tidur di biliknya,” katanya.

Pada Ahad lepas, media melaporkan polis menahan bapa tiri dan ibu kandung mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) sebaik tiba dari Sabah sebelum direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol anak perempuan mereka.

Ekoran kes itu, remaja berkenaan bertindak melarikan diri dari rumah dan ditemui di Perak selepas lebih dua minggu dilaporkan hilang. - Getaran, 13 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Zamri Vinoth, Arun Dorasamy Didakwa Esok

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Masak Di Stesen Minyak: 4 Didakwa Esok, Tiada Anak VIP

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Tiada Bukti Kukuh, Jurulatih Para Renang Dibenar Kembali Latih Atlet - MSN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad