web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


409 Anggota, Pegawai UTK PDRM Terima Elaun Khas Bermula Februari - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 9:00AM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BESAR - Seramai 409 anggota dan pegawai Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima elaun tambahan khas sebanyak RM525 sebulan bermula Februari tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuat ketetapan untuk menyalurkan elaun khas itu yang dikenali sebagai elaun kawalan rapat kenamaan (KRK).

“Untuk (elaun) ini, (UTK) merupakan satu unit elit iaitu mereka bekerja sepanjang masa dan proses latihan juga berat serta turut diberikan tugas yang spesifik.

“Jadi JPA telah membuat ketetapan untuk kumpulan elit ini untuk diberikan elaun tambahan khas sebanyak RM525 bermula Februari tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa PDRM bersama Penduduk Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani semalam.

Terdahulu, Saifuddin menerusi Facebook rasminya memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan pemberian elaun itu kepada anggota dan pegawai UTK kelmarin. 

Beliau juga berkata cuti kira-kira 90 peratus daripada 130,000 anggota dan pegawai PDRM di seluruh negara akan dibekukan sebagai persiapan bagi penugasan pada musim perayaan ini.

Bagaimanapun, anggota dan pegawai yang bertugas akan dibenarkan bercuti secara bergilir-gilir dengan mereka yang telah bercuti ketika Aidilfitri.

Saifuddin berkata meskipun ketika musim perayaan, penugasan PDRM dalam semua aspek amat penting dan pihaknya tidak akan berkompromi daripada segi tanggungjawab menjaga keselamatan, mengekalkan keharmonian serta keamanan negara.

“Semua perkara perlu diambil kira seperti penugasan kawalan trafik yang meningkat pada musim perayaan ini manakala elemen keselamatan lain juga diberi tumpuan kerana pada musim cuti ini, kebanyakan masyarakat balik ke kampung dan meninggalkan kediaman atau premis perniagaan mereka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad