web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengampunan Kepada Najib Budi Bicara Agong - Azalina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 4:17PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melibatkan aspek perundangan sebaliknya terletak sepenuhnya kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Azalina Othman Said - Gambar Bernama
Azalina Othman Said - Gambar Bernama

“Tiada lagi aspek perundangan... dia punya prosedur perundangan sudah tidak ada, sekarang adalah budi bicara Agong, jadi kita pun tak boleh paksa-paksa…. biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan, atau mahu kaji... kita orang (UMNO) dah tak terlibat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bahawa UMNO tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib.

Haniff sebelum ini dilaporkan berkata mengikut Peraturan 113, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, petisyen pengampunan itu hanya boleh dilakukan oleh Najib sendiri, ahli keluarga atau peguam yang dilantik oleh Najib dan Jabatan Penjara.

Azalina berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran laman web Malaysia-Sulucase.gov.my di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Sebelum ini, media melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat Jumaat lepas, sebulat suara bersetuju memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon ihsan untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.

Najib kini menjalani hukuman 12 tahun penjara setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara itu serta denda RM210 juta setelah didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 31 Mac 2023, Najib gagal dalam permohonannya untuk menyemak sabitan dan hukuman itu.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu pada September tahun lepas telah memfailkan permohonan pengampunan diraja.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengampunan Diraja Wajar Diberi Kepada Banduan Dadah, Buka Lembaran Baharu Kehidupan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Peguam Gagal Dapatkan Kebenaran Cabar Kesahan Pengampunan Diraja Anwar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

BERSIH Lancar Petisyen Rayu Agong Tidak Perkenan Pengampunan Diraja Kepada Najib

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Selepas Ke Penjara, Apa Pilihan Seterusnya Buat Najib?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 58 minit yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad