Berita Terkini

3 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selepas Ke Penjara, Apa Pilihan Seterusnya Buat Najib?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 8:54AM

Satu pilihan bagi Ahli Parlimen Pekan itu ialah mencabar keputusan mahkamah di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas proses mahkamah yang berlarutan selama tiga setengah tahun sejak April 2019, Datuk Seri Najib Razak akhirnya menjalani hukuman penjara 12 tahun bermula semalam.

Beliau menjadi mantan perdana menteri Malaysia pertama yang dihukum penjara, berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak rayuan akhirnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Najib dan peguamnya melakukan pelbagai cara untuk menangguhkan proses rayuan dan hukuman tersebut dengan menyaksikan pasukan pembelanya cuba memohon supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan terakhir itu.

Ketika mantan perdana menteri yang memalukan negara itu memulakan perjalanan ke kediaman baharunya di penjara, The Vibes mengimbas kembali jejak ditinggalkan beliau dalam usaha melepaskan diri daripada semua pertuduhan.

Mencabar keputusan atas alasan kecuaian keadilan

Satu pilihan bagi Ahli Parlimen Pekan itu ialah mencabar keputusan mahkamah di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995, yang memberikan mahkamah tertinggi kuasa sedia ada untuk, antara lain, mengkaji semula keputusan terdahulu atas alasan ketidakadilan dan penyalahgunaan proses.

Peraturan itu secara khusus menyatakan:“Untuk menghapuskan keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa tiada apa-apa dalam peraturan ini boleh dianggap mengehadkan atau menjejaskan kuasa sedia ada mahkamah untuk mendengar apa-apa permohonan atau untuk membuat apa-apa perintah yang perlu untuk mencegah ketidakadilan atau untuk mengelakkan penyalahgunaan proses mahkamah.”

Jika kaedah ini menjadi pilihan, peguam Najib perlu memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk menyemak kes beliau dan membuktikan bahawa terdapat pelanggaran keadilan secara semula jadi semasa proses undang-undang.

Mahkamah Persekutuan hanya akan mempertimbangkan untuk menyemak semula kes jika ia berpuas hati bahawa pemohon mendapat ketidakadilan yang serius.

Sekiranya ia memutuskan untuk memihak kepada Najib, kes itu akan dibicarakan semula di hadapan panel lain.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa semakan hanya akan dipertimbangkan dalam kes luar biasa, dengan sejarah menunjukkan bahawa terdapat peluang tipis untuk mahkamah menerima permohonan itu.

Bercakap kepada The Vibes, peguam Fahri Azzat berkata, dalam kes Najib khususnya, adalah amat mustahil Najib akan berjaya dalam percubaannya di bawah Peraturan 137, jika beliau memutuskan untuk berbuat demikian.

Ini berikutan tindakannya semasa proses rayuan akhirnya beberapa minggu lalu dianggap mempermainkan mahkamah.

“Malah dalam kes biasa, peguam kebiasaannya akan menasihati anak guam mereka bahawa percubaan sedemikian (menggunakan Peraturan 137) adalah membuang masa dan wang.

“Mahkamah bukan hanya akan menyemak, mesti ada alasan untuk semakan. Tetapi memandangkan kelakuan tertuduh dan peguam pembelaannya, berkelakuan menghina, saya tidak nampak bagaimana mereka akan merangka alasan untuk semakan."

Selain daripada memohon supaya Tengku Maimun menarik diri, pasukan pembelaan Najib juga beberapa kali cuba menangguhkan rayuan terakhir itu, manakala peguam utamanya, Hisyam Teh Poh Teik, memohon untuk menarik diri dalam usaha yang jelas terdesak untuk menangguhkan prosiding berkenaan.

Minta pengampunan diraja

Pilihan kedua Najib datang dalam bentuk pengampunan diraja, satu langkah yang pernah digunakan musuh politiknya, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Mei 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri ada kuasa untuk memberikan pengampunan, penangguhan hukuman dan penangguhan berkenaan dengan semua kesalahan yang telah dibicarakan.

Untuk melayakkan diri bagi proses ini, permohonan perlu difailkan kepada Lembaga Pengampunan, yang terdiri daripada antara lain, peguam negara.

Yang di-Pertuan Agong kemudiannya akan dibimbing oleh cadangan dibuat Lembaga Pengampunan sebelum membuat keputusan, proses yang mungkin mengambil masa bertahun lamanya.

Baginda bagaimanapun, tidak diwajibkan untuk mematuhi nasihat Lembaga Pengampunan dan mempunyai kuasa budi bicara untuk membuat keputusan sendiri, berdasarkan kepentingan menyeluruh keadilan, kepentingan awam dan hati nurani.

Pada asasnya, pemberian pengampunan adalah sisa kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ia menghapuskan semua hukuman bagi kesalahan yang dilakukan, serta sebarang kehilangan kelayakan akibat hukuman.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan menetapkan mana-mana Ahli Parlimen yang disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun akan kehilangan status sebagai Ahli Parlimen.

Menurut peguam New Sin Yew, status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan akan kekal selama 14 hari, dan beliau hanya akan hilang kelayakan jika tiada petisyen difailkan dalam tempoh tersebut.

Sekiranya Najib memfailkan petisyen, beliau akan terus kekal sebagai Ahli Parlimen sehingga proses pengampunan selesai.

Bagaimanapun mengambil kira kesalahan berat Najib dan bukti rasuah besar terhadapnya, tidak mungkin Agong akan mengambil risiko untuk memberikan pengampunan kepada pemimpin UMNO itu kerana kes beliau mendapat perhatian global.

Selain prosiding rayuan akhir SRC International yang telah selesai, Najib masih perlu turun naik mahkamah bagi menghadapi empat perbicaraan lain.

Empat perbicaraan itu adalah berkaitan kes rasuah 1Malaysia Development Berhad, pengubahan laporan akhir audit 1MDB, jenayah pecah amanah jenayah melibatkan International Petroleum Investment Co dan pengubahan wang haram RM27 juta SRC International. - The Vibes, 24 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Ada Seorang Saksi Penting Dijangka Menyokong Permohonan Najib Untuk Tahanan Di Rumah - Shafee

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Najib Fail Permohonan Cabar Kewujudan Titah Adendum, Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isham Jalil Kemuka Representasi Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Badan Kehakiman

Semasa 5 jam yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Semasa 6 jam yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa 6 jam yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza