web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BERSIH Lancar Petisyen Rayu Agong Tidak Perkenan Pengampunan Diraja Kepada Najib

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 2:56PM

Petisyen tersebut sudah ditandatangani seramai 482 orang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) melancarkan petisyen secara atas talian memohon agar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak memperkenan pengampunan diraja kepada Datuk Seri Najib Razak.

Dalam petisyen tersebut, BERSIH 2.0 memaklumkan Najib melakukan jenayah terhadap rakyat Malaysia ketika beliau menjawat jawatan sebagai perdana menteri dan perlu menjalani hukumannya sehingga selesai.

“Walaupun Najib tidak malu dengan perbuatannya, kami rakyat terpaksa hidup dengan rasa terhina apabila dikenali sebagai negara kleptokrasi terbesar di dunia.

“Kami merayu kepada Tuanku untuk mempertimbangkan permintaan ini sekali gus menolak sebarang rayuan pengampunan oleh Najib yang telah memalukan negara,” katanya.

Menurut BERSIH lagi, sesebuah negara tidak boleh bertolak ansur terhadap rasuah mahu pun perasuah tanpa mengira individu terlibat.

“Biarkan Najib menjalani hukuman 12 tahun penjaranya dan membayar denda sebanyak RM210 juta supaya menjadi contoh kepada pemimpin lain yang fikir mereka boleh menyalahgunakan kedudukan untuk menerima rasuah.

“Tuanku, bantulah kami untuk mendongak sekali lagi, bagi membuatkan kami bangga menjadi rakyat Malaysia,” katanya.

Ketika berita ini dilaporkan, petisyen tersebut sudah ditandatangani seramai 482 orang.

Petisyen tersebut ditujukan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah Najib dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd oleh Mahkamah Tinggi.

Susulan itu, beliau akan menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta selain menjadi perdana menteri Malaysia yang pertama dipenjarakan. - The Vibes, 24 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengampunan Diraja Wajar Diberi Kepada Banduan Dadah, Buka Lembaran Baharu Kehidupan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengampunan Kepada Najib Budi Bicara Agong - Azalina

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kempen Burukkan Nazlan, Cemari Nama Baik Badan Kehakiman

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan