web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengampunan Diraja Wajar Diberi Kepada Banduan Dadah, Buka Lembaran Baharu Kehidupan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 8:22PM

Raja Azizan Suhaimi berkata Pengampunan Diraja juga dilihat perlu diperluas kepada banduan kes dadah, khususnya mereka yang berjaya mengikuti program pemulihan dikendalikan Jabatan Penjara - Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan digesa memilih 25 peratus atau suku daripada jumlah banduan bagi kes berkaitan dadah untuk diberi pengampunan Diraja

Setiausaha Agung Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC), Raja Azizan Suhaimi berkata, langkah terbabit sekiranya dilaksanakan mampu mengatasi kesesakan di penjara seluruh negara.

Menurut beliau, kos penyelenggaraan banduan berkaitan dadah juga diyakini mampu dikurangkan.

“Pengampunan ini, ditambah dengan tindakan proaktif Jabatan Penjara Malaysia dilihat berupaya menanamkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk memberi peluang kedua kepada golongan banduan.

"Pengampunan Diraja juga dilihat perlu diperluas kepada banduan kes dadah, khususnya mereka yang berjaya mengikuti program pemulihan dikendalikan Jabatan Penjara,” katanya kepada Getaran.

Raja Azizan menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa semua banduan berhak melalui proses pengampunan Diraja jika berkelayakan.

Jelas Perdana Menteri, setiap individu yang disabitkan hukuman berhak memohon pengampunan.

Anwar berkata, setiap permohonan yang dibuat kepada Lembaga Pengampunan itu akan diteliti selayaknya tanpa sebarang prejudis atau pilih kasih.

Perdana Menteri juga sebelum ini mengesahkan bahawa beliau berada dalam Lembaga Pengampunan, namun menegaskan kuasa memberi keampunan adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilaporkan berada dalam lembaga tersebut bukan atas kapasiti sebagai Perdana Menteri, tetapi di bawah portfolio Menteri Wilayah Persekutuan.

Dalam perkembangan berkaitan, Raja Azizan berkata, MASAC menyokong penuh kenyataan dibuat Anwar itu, mengambil kira setiap individu berhak diberi peluang kedua.

Katanya, pengampunan Diraja itu tertakluk kepada warganegara dan banduan asing yang telah berjaya menjalani lebih separuh daripada hukuman mereka.

Jelasnya, ia akan diajukan kepada Lembaga Pengampunan untuk pertimbangan diraja oleh Yang di-Pertuan Agung (YDPA) atau sultan negeri setelah memperoleh laporan sulit daripada Hakim Bicara, sejak kes bermula dan di peringkat panel Rayuan.

“Mereka ini dipilih bagi semua kes dadah sama ada yang menggunakan dadah, menjual barang larangan itu atau kes berulang, dengan syarat menerima sokongan dan rekomendasi Jabatan Penjara, sebaik berjaya mengikuti proses pemulihan diadakan,” katanya.

Raja Azizan berkata, MASAC turut berharap agar banduan yang berjaya meninggalkan najis dadah selama lebih tahun diserapkan untuk menerima pengampunan berkenaan.

“Kami juga mengharapkan agar rekod dadah dimiliki dipadam daripada sistem daftar jenayah, bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan normal seperti masyarakat lain.

“Langkah itu berupaya memudahkan mereka memperoleh peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan minat dan kelulusan dimiliki,” katanya. – Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad