web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peguam Gagal Dapatkan Kebenaran Cabar Kesahan Pengampunan Diraja Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2023 2:22PM

Mahkamah tertinggi itu mendapati tiada asas untuk mencadangkan sebarang salah nyata dalam nasihat yang ditawarkan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang peguam gagal mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mencabar kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel tiga hakim dalam  keputusan sebulat suara, menolak permohonan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz untuk mendapatkan kebenaran merayu selepas mendapati perkara itu kini bersifat akademik.

“Mahkamah sebelum ini telah membuat dapatan fakta bahawa Lembaga Pengampunan telah ditubuhkan mengikut Perlembagaan. Kami bersetuju bahawa soalan yang dicadangkan oleh pemohon (Mohd Khairul) tidak memenuhi keperluan ambang di bawah Seksyen 96(a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

“Isu ketidakwajaran telah diselesaikan dan tiada sebab untuk meninggalkan duluan undang-undang sedia ada,” kata Ketua Hakim Negara ketika menyampaikan keputusan hari ini melalui prosiding dalam talian.

Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Vernon Ong Lam Kiat.

Atas nasihat Lembaga Pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tengku Maimun berkata mahkamah tertinggi itu mendapati tiada asas untuk mencadangkan sebarang salah nyata dalam nasihat yang ditawarkan.

Beliau berkata dalam isu sabitan, mahkamah mendapati dokumen pengampunan itu tidak merujuk kepada fakta bahawa sabitan itu diketepikan.

“Tidak timbul soal kuasa mahkamah dirampas. Akhirnya kita dapati perkara itu telah menjadi akademik. Oleh itu, kedua-dua permohonan ditolak tanpa perintah mengenai kos,” katanya.

Tengku Maimun membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mohd Khairul, J. Leela mewakili Perdana Menteri dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi Lembaga Pengampunan.

Pada 21 Sept 2021, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Anwar dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk membatalkan saman yang difailkan terhadap mereka oleh Mohd Khairul. 

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Indera Mohd Sofian Abd Razak dan Datuk Lee Heng Cheong berpendapat Mohd Khairul tidak berhak untuk mempersoalkan pengampunan dan nasihat yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pemberian pengampunan kepada Anwar.

Pada 21 Sept 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula itu.

Mohd Khairul Azam, yang memfailkan saman pemula itu pada 26 Feb 2020, menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar sebagai responden, mendakwa beberapa tindakan tidak berperlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar menerima pengampunan yang membebaskannya dari penjara susulan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Peguam itu mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Dakwanya, pada ketika itu Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna berikutan negara baru selesai menjalankan PRU ke-14 pada 9 Mei 2018 dan dalam proses membentuk kerajaan baharu.

Anwar telah dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bunuh Nenek 85 Tahun, Kelindan Lori Kekal Ke Tali Gantung

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan, Kedudukan Perlembagaan Persekutuan - Sultan Selangor

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan