Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Kecederaan Meningkat, Kebenaran Penjualan Mercun, Bunga Api Perlu Dikaji Semula

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 7:00AM

Isu keselamatan harus menjadi keutamaan walaupun penjualan bahan itu boleh menjana pendapatan kepada negara. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengkaji semula kebenaran penjualan mercun dan bunga api susulan peningkatan kes kecederaan disebabkan bahan letupan itu sejak kebelakangan ini.

Presiden Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof berkata, isu keselamatan harus menjadi keutamaan walaupun penjualan bahan itu boleh menjana pendapatan kepada negara.

“Kita tengok saban hari banyak insiden tidak diingini berlaku membabitkan perbuatan bermain mercun.

“Jika tidak dikawal, dikhuatiri kes kecederaan dan kematian akan terus meningkat selepas ini. Bahan letupan ini sebenarnya mengundang pelbagai bahaya dan memudaratkan,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, kerajaan perlu menetapkan beberapa garis panduan termasuk mengenakan larangan had usia bagi pembelian mercun dan bunga api sekiranya mahu meneruskan penjualan bahan letupan untuk meminimumkan kemalangan.

“Jika hendak dijual juga, kanak-kanak yang berumur bawah 16 tahun perlu ada pengawasan daripada waris atau ibu bapa untuk mengelak perkara tidak diingin berlaku.

“Ada mercun tidak berfungsi dengan baik. Kadang-kadang ia lambat meletup. Bila ada yang pergi tengok, barulah ia berfungsi. Maka berlakulah kemalangan yang tidak diduga,” katanya.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 27 tahun putus pergelangan tangan kiri selepas mercun buatan sendiri meletup dalam kejadian di Kampung Gong Pak Damat, Kuala Nerus, Terengganu, kelmarin.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata, kejadian berlaku ketika mangsa membancuh mercun buatan sendiri dengan menggunakan mercun bola dan paip jenis polivinil klorida (PVC) yang mengakibatkan letupan besar.

Katanya, kejadian pada jam 3.30 pagi itu turut mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan.

Malah, empat kanak-kanak berusia antara lapan hingga 13 tahun dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu minggu lalu selepas terkena letupan mercun yang dipercayai sudah diubah suai.

Seorang daripada mangsa masih menerima rawatan lanjut akibat kecederaan pada mata kanan manakala tiga lagi dirawat sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Shamsul Bahari Shamsudin turut senada dengan Mohamad Yusrizal dan menegaskan larangan had umur amat relevan dilaksanakan untuk mengawal penjualan mercun dan bunga api.

“Seperti merokok, kerajaan tidak membenarkan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah membeli rokok. Bagi kes bunga api dan mercun ini, mungkin kerajaan boleh tetapkan had umur bagi pembeliannya.

“Mungkin dari sudut tertentu, larangan secara total aktiviti bermain mercun, terutama di musim perayaan sudah tidak lagi relevan, tetapi kebenaran penjualannya perlu diselarikan dengan aktiviti pemantauan pihak berkuasa,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa peraturan ketat diwujudkan bagi memastikan setiap bahan letupan yang dijual di negara ini mengikut piawaian yang selamat.

“Bahan letupan seperti bunga api walaupun kurang berbahaya yang masuk ke negara ini perlu mengikut kualiti atau standard tertentu. Kita tidak tahu sama ada ia selamat atau tidak untuk pengguna.

“Kita tengok sekarang ini banyak kes penyeludupan dilaporkan. Jadi, sudah tiba masanya pihak berwajib mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membendung penyeludupan bahan letupan berbahaya ke negara ini,” katanya.

Ujarnya lagi, terdapat keperluan untuk kerajaan melibatkan ketua masyarakat dalam melaksanakan garis panduan penggunaan mercun dan bunga api bagi memudahkan pemantauan dilakukan pihak berkuasa.

“Sudah tiba masanya kita memperkasakan komuniti dengan pengetahuan dan tindakan pemantauan. Ia boleh dibantu ketua komuniti tetapi perlu selari dengan pengetahuan masyarakat.

“Masyarakat perlu dididik manakala ketua komuniti pula diberi maklum berhubung ilmu tentang kawalan dan risiko keselamatan melibatkan bahan letupan,” katanya.

Dalam pada itu, aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, aspek keselamatan tidak boleh diabaikan kerana seperti diketahui umum, mercun dan bunga api boleh mendatangkan risiko kecederaan.

“Walaupun mercun dan bunga api menjadi tradisi setiap kaum di Malaysia ketika musim perayaan, kita perlu sedar banyak kes kecederaan berlaku, contohnya kanak-kanak hilang jari dan cedera di muka.

“Bukan itu saja, faktor tempat penyimpanan juga perlu dititikberatkan kerana kita tidak mahu kejadian letupan stor penyimpanan berulang lagi. Perkara ini harus diteliti oleh semua pihak terlibat,” katanya.

Tambah Lam Thye, pihak berkuasa terdiri daripada pelbagai agensi perlu mengadakan perbincangan bersama dan mewujudkan garis panduan komprehensif membabitkan pelbagai aspek.

“Mereka boleh menentukan syarat permohonan lesen dan permit, kelayakan peniaga dan langkah keselamatan.

“Apabila kerajaan membenarkan penjualan bahan letupan itu, sudah tentu ia boleh menjana pendapatan negara, tetapi aspek keselamatan tidak boleh diabaikan," katanya. - Getaran, 12 April 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Kebakaran Di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Bila Akal Tak Cukup Panjang, Ni Lah Jadinya

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Dah Tiada Kerja Lain Ke...

Sorotan

1

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Elak Isu 3R Antara Inti Pati Draf MoU Peruntukan Pembangkang

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Kes Gaduh Anggota Tentera 

Semasa 1 hari yang lalu

Pusat Jantung Hospital Serdang Hadapi Masalah, 4 Dewan Bedah Tak Boleh Diguna

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 6 jam yang lalu

Perselisihan Faham Punca Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol - Polis