web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Jawatankuasa Masjid, Surau Diminta Pantau Kod QR Sumbangan - JAKIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 9:47PM

Sekiranya merasa curiga dan ragu-ragu dengan kod QR di masjid atau surau, orang ramai disaran membuat aduan kepada pihak masjid atau surau untuk tindakan lanjut - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) menyeru semua ahli jawatankuasa masjid dan surau agar sentiasa memantau kod QR pada kotak derma di kawasan seliaan masing-masing supaya sumbangan atau infaq yang diberikan orang ramai tidak terlepas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, dalam kenyataan hari ini, berkata orang ramai juga disaran membuat semakan dengan teliti sebelum menyumbang melalui kod QR bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

"Sekiranya merasa curiga dan ragu-ragu dengan kod QR di masjid atau surau, orang ramai disaran membuat aduan kepada pihak masjid atau surau untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, pihaknya mengambil maklum video tular yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa menyalahgunakan kod QR sumbangan derma masjid atau surau dalam kejadian dipercayai berlaku di Indonesia.

Tular di media sosial klip video yang dipercayai berlaku di negara jiran memaparkan seorang lelaki yang menggantikan kod QR kotak derma masjid dengan kod QR untuk ke akaun bank peribadi miliknya.

Media melaporkan, polis Indonesia menahan lelaki tersebut dan merampas 50 pelekat kod bar QR palsu untuk menyeleweng dana daripada orang awam di beberapa masjid di Jakarta Selatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad