web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Luang Masa Berbuka Dengan Pengamal Media, Penggiat Seni

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 9:36PM

Anwar Ibrahim beramah mesra bersama sebahagian selebriti ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media dan Penggiat Seni - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama pengamal media dan penggiat seni tempatan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini ini.

Perdana Menteri yang tiba pada 6.47 petang dengan berbaju Melayu biru muda diiringi Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching.

Sebelum berbuka, Anwar turut meluangkan masa bersalaman, berbual dan beramah mesra dengan hadirin pada majlis itu.

Kira-kira 1,000 tetamu yang terdiri daripada ketua-ketua agensi media, wartawan dan jurukamera, tempatan dan antarabangsa, selain penggiat seni serta 30 anak yatim dari Rumah Kasih Ibu, Ampang hadir pada majlis itu.

Antara yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid.

Selain itu, selebriti tempatan yang hadir teramasuk artis versatil Ifa Raziah, pelakon dan pengacara Datuk AC Mizal serta penyampai radio dan penyanyi Dina Nadzir serta pengarah filem Datuk Suhaimi Baba.

Perdana Menteri juga sempat menunaikan solat Magrib berjemaah bersama hadirin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan