web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKD Bincang Gabung NACSA Dan CSM Untuk Kukuhkan Keselamatan Siber

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 7:16AM

Penggabungan dua agensi itu juga dilihat dapat membantu menggerakkan usaha penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia seperti yang dihasratkan KKD sebelum ini. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang berbincang untuk menggabungkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini. 

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata penggabungan dua agensi itu juga dilihat dapat membantu menggerakkan usaha penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia seperti yang dihasratkan KKD sebelum ini.

“Kami sedang berbincang dengan agak mendalam dan di peringkat selanjutnya mengenai penggabungan NACSA dengan CSM tetapi kita belum sampai ke peringkat di mana penubuhan itu boleh berlaku lagi. 

Ini kerana kita perlu bawa rang undang-undang ke Parlimen tetapi (penggabungan) ini antara beberapa perkara yang kita lihat perlu kita lakukan untuk memastikan data rakyat selamat dan tidak boleh dicuri serta disalah guna untuk aktiviti scammer,” katanya selepas Majlis Apresiasi Pengamal Media bersama beliau semalam. 

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang ingin membuat pengeluaran wang bagi perbelanjaan Aidilfitri supaya berhati-hati sekiranya menerima sebarang panggilan yang tidak dikenali dan mencurigakan.

“Sekiranya ada mana-mana individu menjadi mangsa scam, tolong hubungi  Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 kerana kalau telefon ini dalam masa beberapa jam setelah scam berlaku hilang duit ada transaksi, Insya-Allah Bank Negara dapat bekerjasama dengan bank-bank untuk halang duit disalur keluar,” katanya. 

Dalam pada itu menjelang Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang akan disambut pada 28 Mei ini di Ipoh, Perak, Fahmi berkata beliau mahu wakil media meneruskan perbincangan dalam kalangan mereka tentang masa depan industri itu di negara ini. 

Beliau juga telah meminta timbalannya Teo Nie Ching untuk meneliti beberapa dasar bagi memastikan hak dan kebebasan media terjamin dan kebajikan warga media lebih terbela.

Fahmi berkata secara umum ekosistem industri media hadapi beberapa tekanan dari segi undang-undang sedia ada. 

“Tekanan yang dimaksudkan bersifat ekonomi dan juga bakat serta tenaga kerja jadi mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita teliti sekiranya perlu kita  gubal apa-apa undang-undang baharu seperti kita bincangkan sebelum ini iaitu Majlis Media Malaysia dapat disegerakan dan diselaraskan,” katanya. 

Ini supaya ia bukan sahaja menepati cita rasa masing-masing tetapi menyesuaikan manfaat dengan keadaan dan keperluan untuk memastikan supaya media dapat berfungsi sebagai tiang seri demokrasi untuk pastikan wujud semak imbang,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar