web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Perempuan Rentung Dalam Kebakaran Rumah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 11:07AM

Mangsa G. Sri Laavanya, 7, meninggal dunia dalam kebakaran itu manakalanya neneknya melecur di tangan namun dilaporkan stabil. - Gambar ihsan JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak perempuan rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Pisang, Jalan Paya Terubong di sini, malam tadi.

Mangsa G. Sri Laavanya, 7, meninggal dunia dalam kebakaran itu manakalanya neneknya melecur di tangan namun dilaporkan stabil.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Mohd Shakir Abdullah berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.19 malam dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.

"Sebaik tiba kami mendapati dua buah rumah yang terletak bersebelahan dengan setiap rumah berkeluasan 464 meter persegi sedang terbakar dan api marak, pihak bomba menjalankan operasi pemadaman.

"Kami turut menerima maklumat awal memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam rumah dan selepas kerja pemadaman selesai, pihak bomba menjalankan pemeriksaan dan menemukan mayat mangsa dalam keadaan rentung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Shakir berkata mayat kanak-kanak perempuan itu ditemukan dalam bilik tidur di rumah pertama yang terbakar lebih 80 peratus pada 12.33 tengah malam tadi manakala rumah kedua terbakar kira-kira 50 peratus.

Katanya kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke rumah berhampiran pada 12.45 tengah malam dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 10 minit kemudian.

"Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan Bahagian Penyiasatan Kebakaran (FIO) bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad