web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liputan 5G Di Pulau Pinang Capai 90 Peratus Menjelang Disember – DNB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 11:02AM

Pulau Pinang penting kepada ekonomi negara kerana ia merupakan hab bagi pengeluar berteknologi tinggi di negara ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Digital Nasional Berhad (DNB) memaklumkan Pulau Pinang berada di landasan yang betul untuk menikmati liputan 90 peratus perkhidmatan rangkaian 5G menjelang Disember tahun ini.

Ketua Pegawai Strateginya, Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, negeri itu penting kepada ekonomi negara kerana ia merupakan hab bagi pengeluar berteknologi tinggi di negara ini.

Bercakap pada forum 5G eksklusif di Hotel E&O di sini semalam, Zaki berkata, DNB dan semua pengendali telekomunikasi sedang bersiap sedia untuk melancarkan perkhidmatan itu di seluruh negara.

Zaki berkata, Malaysia dijangka mencapai liputan 5G penuh menjelang 2026.

Dilihat sebagai ‘game changer’, ketersambungan 5G akan meningkatkan usaha pendigitalan negara dan aplikasi lain seperti kenderaan autonomi, kecerdasan buatan dan Internet of Things (IoT).

Untuk mendapat liputan 80 peratus di negara ini, Zaki berkata, DNB yang ditugaskan untuk melancarkan 5G di negara ini perlu memasang 7,500 pemancar, sebahagian daripadanya boleh dimasukkan ke dalam pemancar 4G sedia ada.

Beliau menggesa pengguna supaya bersedia menerima teknologi terkini, kerana ia kini boleh didapati pada 11 jenama telefon pintar, dengan 177 model sedia 5G.

Turut hadir pada forum itu ialah Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan xco kerajaan negeri bagi infrastruktur dan pengangkutan, Zairil Khir Johari.

Ahli panel forum itu termasuk ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Prof Tharek Abdul Rahman; Ketua Eksekutif YTL Communications Bhd, Wing K Lee; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang baharu, Datuk Rajendran Anthony manakala moderator ialah pakar teknologi maklumat, Mohamed Shajahan Mohd Iqbal.

Selain memastikan ketersambungan berada pada tahap tertinggi, K Lee berkata, Malaysia telah mengambil pendekatan terbaik untuk menerima 5G.

Beliau berkata, berikutan itu, negara kini menikmati pelancaran 5G terpantas di peringkat global, manakala kadar komersialnya juga antara termurah di dunia.

“Ia akan menjadi ‘game changer’ untuk negara dan menarik pelabur baharu,” katanya.

Beliau berkata, keputusan kerajaan untuk menjadikan DNB sebagai pemacu tunggal infrastruktur 5G di negara ini adalah langkah sesuai kerana ia membolehkan aset terbabit dilancarkan dengan lebih pantas.

Infrastruktur 5G juga secara relatifnya lebih murah berbanding pendahulunya kerana ia memerlukan lebih sedikit tenaga elektrik, manakala pemancarnya boleh dipasang pada menara penghantaran 4G.

K Lee memetik beberapa contoh manfaat 5G, terutama untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang membantu ekonomi negara.

Beliau berkata, pelanggan 5G YTL kini mengakses 45 peratus lebih data untuk memacu perniagaan mereka, terutamanya dalam bidang AI dan IoT.

Contoh kedua ialah kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN), di mana sambungan 5G tersedia pada ambulans pintar di Lembah Klang, membolehkan diagnosis awal yang lebih cepat untuk pesakit.

“Ia menjimatkan separuh masa doktor untuk merawat pesakit, terutama mereka yang mengalami serangan jantung,” katanya. - The Vibes, 10 April 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 51 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan