web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Dipercayai Pengedar Dadah Maut, Kereta Terbabas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 3:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah maut apabila kenderaan dipandunya terbabas ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan pasukan polis bahagian siasatan jenayah narkotik yang menjalankan Op Tapis di Jalan POIC di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmah berkata dalam kejadian pada 11.45 pagi itu, suspek warga tempatan berusia 28 tahun bertindak agresif dengan cuba melanggar dua anggota polis yang bertugas dalam operasi itu.

“Suspek secara agresif mengundurkan kereta dipandu dengan cuba melanggar anggota polis bertugas, kemudian kereta suspek membuat pusingan U serta memecut laju dalam keadaan kereta bergerak melawan arus jalan dan cuba melanggar seorang lagi anggota polis.

“Anggota polis yang ketika itu menghalang kereta suspek, bertindak mempertahankan diri dengan melepaskan satu das tembakan ke arah kereta suspek, kemudian kereta berkenaan yang bergerak laju terbabas pada jarak 400 meter ke bulatan berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya suspek yang memiliki lima rekod jenayah atas pelbagai kesalahan narkotik, selain dikehendaki bagi kes melibatkan jenayah komersial itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan polis turut merampas 7.45 gram syabu bernilai RM1,490 termasuk dua bilah parang samurai.

Sementara itu, Rohan Shah berkata 51 individu ditahan dalam tempoh tiga bulan ini  membabitkan rampasan dadah dan 143 individu ditahan pada tahun lalu melibatkan kes di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(2) serta Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau turut berharap orang ramai yang mempunyai maklumat kegiatan mengedar serta menyalahgunakan dadah agar menyalurkan kepada pihak polis, sebagai usaha bersama membanteras jenayah dadah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan