web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Tangguh Pewartaan KLSP 2040 Untuk Dapatkan Lebih Banyak Maklum Balas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 3:01PM

Pelan baharu itu yang sepatutnya diluluskan bulan ini ditangguhkan kepada 31 Mei, bagi memastikan pindaan dibuat berdasarkan input daripada pihak terbabit. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menangguhkan pewartaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (KLSP2040) bagi membolehkan lebih banyak sesi penglibatan dengan pihak berkepentingan berkaitan.

Anwar berkata, pelan baharu itu yang sepatutnya diluluskan bulan ini ditangguhkan kepada 31 Mei, bagi memastikan pindaan dibuat berdasarkan input daripada pihak terbabit.

“Kerajaan sentiasa mengutamakan projek yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi di samping menekankan aspek kehijauan dan kebersihan.

“Penangguhan (KLSP2040) akan memberi ruang kepada ahli politik, syarikat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar lain untuk menyuarakan pendapat akhir mereka mengenai perkara itu.

"Saya tidak mahu memanjangkan proses (pihak yang meneliti rancangan itu) kerana ia telah berlangsung sehingga lapan tahun sekarang, tetapi mereka (pihak berkepentingan) harus diberi sedikit masa untuk berkongsi pandangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program Kita Untuk Kita (K2K) di Shah Alam, Selangor hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sebelum ini, sekumpulan penduduk yang tidak berpuas hati dari kawasan di pusat bandar di sini menyerahkan memorandum kepada pihak berkuasa dengan mendakwa ketidakcukupan dalam KLSP2040 yang digubal.

Jawatankuasa Selamatkan Kuala Lumpur yang terdiri daripada lebih 30 persatuan kediaman, mewakili penduduk yang tidak berpuas hati, menggesa Anwar tidak meluluskan rancangan itu kerana banyak kebimbangan mereka diketepikan dalam draf rancangan itu.

KLSP2040 bertujuan untuk menjadi dokumen perancangan antara lain matlamat dan dasar untuk membimbing pembangunan bandar sehingga 2040. – The Vibes, 8 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar