web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertikaian Laut China Selatan: Baca Kenyataan Saya, Anwar Minta Muhyiddin Hadir Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 1:21PM

Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia tidak akan menyerahkan perkara itu kepada China dan mengesahkan aktiviti minyak dan gas Petronas di wilayah yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan akan diteruskan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendapat pemahaman yang lebih jelas mengenai pendirian tegas Malaysia terhadap wilayahnya di Laut China Selatan jika beliau hadir ke Parlimen dan mendengar penjelasan diberikan berhubung perkara itu.

Itu respons Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap dakwaan Muhyiddin bahawa kenyataan beliau di Dewan Rakyat baru-baru ini adalah cuai dan pengakuan tidak langsung terhadap tuntutan China ke atas kawasan milik Malaysia.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Anwar menegaskan, Malaysia tidak akan menyerahkan perkara itu kepada China dan mengesahkan aktiviti minyak dan gas Petronas di wilayah yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan akan diteruskan.

“Beliau (Muhyiddin) mempunyai banyak masalah. Dia tidak membaca kenyataan saya. Apakah kenyataan saya? Ia adalah kita akan meneruskan kerja cari gali minyak dan gas Petronas.

“Saya tidak pernah kata saya akan berkompromi. Kita boleh berbincang (dengan China), tetapi itu tidak menghalang kita daripada meneruskan projek itu. Cari gali oleh Petronas adalah dalam wilayah kita ini tidak terjejas sama sekali.

“Tetapi ini masalah Ketua Pembangkang. Dia tidak memberi perhatian, tidak menghadiri Parlimen, tidak mendengar pandangan kami, atau membaca kenyataan kami,” katanya selepas menghadiri Program Kita Untuk Kita (K2K) di sini, hari ini.

Anwar bagaimanapun berkata, perbincangan dengan China perlu diadakan untuk mengelakkan sebarang ketegangan antara kedua-dua negara.

“Kini, China menuntut wilayah bertindih. Saya berkata, 'Okay, jika itu berlaku, kita boleh berbincang'. Jika kita tidak berbincang, maka apa… kamu (Muhyiddin) mahu perang?” soalnya.

Anwar menjawab kenyataan Muhyiddin pada Khamis yang menuduh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu membuat kenyataan cuai mengenai Laut China Selatan di Dewan Rakyat, dua hari sebelumnya.

Presiden PKR itu berkata, Malaysia kekal dengan pendiriannya bahawa Petronas akan meneruskan projek cari gali minyak dan gasnya di Laut China Selatan walaupun terdapat dakwaan dibuat oleh Beijing, dan perkara itu telah disampaikan kepada pemimpin China semasa lawatannya ke sana baru-baru ini.

“Ya, kedua-dua pihak mempunyai tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Khususnya, China bimbang Petronas beroperasi secara besar-besaran di kawasan yang dituntut oleh negara itu.

“Saya telah bercakap mengenai perkara ini (dengan pemimpin), dan Malaysia menganggap ia sebagai wilayah kita. Oleh itu, Petronas akan meneruskan projek cari gali minyak dan gasnya di sana,” katanya.

Beliau berkata, jika China merasakan mereka sepatutnya mempunyai hak ke atas wilayah itu, Malaysia terbuka untuk mengadakan perbincangan.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga mantan perdana Menteri berkata, implikasi kenyataan Anwar itu secara tidak langsung memperakui tuntutan China terhadap kawasan yang sudah sah menjadi wilayah Malaysia yang mesti dipertahankan.

“Kenyataan Perdana Menteri mengenai keterbukaan Malaysia terhadap rundingan di wilayah itu boleh mengancam kedaulatan negara,” katanya. - The Vibes, 8 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan