Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keputusan U Turn, Apa Rasional Kerajaan?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 6:04PM

Kakitangan MBPJ dan pihak pengurusan kubur mengendalikan pengebumian pesakit COVID-19 di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara pada 3 Februari 2021. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sedari awal ketika COVID-19 mula bertapak di Malaysia penghujung tahun 2019, negara ini tidak pernah bebas sepenuhnya daripada cengkaman virus maut berkenaan.

Walau pernah mencatatkan kes pada jumlah satu angka tahun lalu, senario tersebut nyata tidak mampu bertahan lama, apatah lagi apabila wujud segelintir pihak yang hanya mementingkan diri sendiri dan enggan mematuhi saranan diberikan pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan.

Diarah duduk di rumah, mereka semakin galak ke sana ke mari, seolah semuanya tidak boleh dilakukan apabila keadaan kembali reda.

Begitu juga tatkala larangan merentas negeri dan daerah dilaksanakan pemerintah, akal pihak ini yang sering dilabel sebagai ‘kasta kayangan’ semakin kreatif mencari pelbagai alasan, sebagai justifikasi perjalanan masing-masing.

Bagaikan sudah menjadi trend, aktiviti itu saling ‘berjangkit’ antara satu sama lain, dengan seorang demi seorang bingkas mencari alasan untuk merentas negeri, dan kemudian dengan bangga memaparkan kisah mereka di media sosial.

Ia nyata mengundang kemarahan rakyat marhaen, apabila ada di antaranya terpaksa menanggung kesedihan mendalam selepas permohonan merentas negeri ditolak begitu sahaja oleh pihak berkuasa.

Itu jelas satu ketidakadilan, apatah lagi majoriti permohonan tersebut disertakan dengan alasan konkrit dan dokumen sah sebagai sokongan.

Fenomena berkenaan membawa kita menyelusuri semula peranan dimainkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), sebaik mengambil alih tampuk pemerintahan menerusi gerakan penuh kontroversi, Langkah Sheraton tahun lalu.

Percaturan yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu nampaknya berhasil membuatkan PN diselubungi rantaian kontroversi tidak berkesudahan.

Apa sahaja keputusan dan arahan diberikan, pasti menjadi pertikaian lantaran rasionalisasi yang gagal dilihat keberkesanannya.

Boleh dikatakan semua aspek yang menyangkut kepada keputusan dibuat kerajaan mutakhir ini akan berakhir dengan perdebatan, termasuk di media sosial, khususnya di kalangan pembangkang.

Sedikit sebanyak ia menimbulkan persoalan, apakah blok pembangkang semakin ampuh dan cakna dengan isu semasa atau sememangnya kerajaan dewasa ini yang terlalu goyah mengepalai tampuk pemerintahan?

Bermula dengan kelemahan mereka menangani penularan COVID-19, ia terus merebak kepada pelbagai aspek lain yang berkaitan, khususnya bersabit prosedur operasi standard (SOP) dan ketidakseragaman peraturan.

Terbaru, pihak berkuasa sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila membuat pusingan u berhubung larangan senaman dan riadah di luar rumah, dalam tempoh tidak sampai 24 jam ia diumumkan.

Dengan semudah itu keputusan berkenaan ditarik, seolah memberi indikasi kepada rakyat bahawa tidak ada satu pun perkara atau peraturan yang benar-benar mampan telah dilaksanakan kerajaan ketika ini.

Bagaimana satu keputusan yang dianggap penting dalam memutuskan rantaian COVID-19 dibatalkan pelaksanaannya tidak sampai 24 jam ia diumumkan?

Apakah perincian seumpama itu dibuat sekadar memenuhi syarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), agar jangan tidak mereka dilabel ‘makan gaji buta?’

Mungkinkah juga keputusan ‘asal boleh’ tersebut diumumkan sekadar untuk memenuhi senarai  ‘talking point’ menteri tatkala mengadakan sidang akhbar harian?

Sukar untuk menebak apa jawapan sebenar kerana dengan senario yang melatari negara ketika ini, segalanya berkemungkinan.

Dalam hebahan terbaru MKN semalam, mereka dikatakan sepakat menimbangkan rayuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kelonggaran aktiviti sukan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei ini, sekali gus menarik semula larangan dibuat sehari sebelumnya.

Berdasarkan info oleh media tempatan itu, akal yang waras pasti akan tertanya, apakah sidang mesyuarat MKN tidak disertai semua portfolio kabinet, sedangkan mereka seharusnya saling menggembleng tenaga dalam mengekang penularan COVID-19?

Jika barisan MKN turut dianggotai Kabinet berkaitan, mengapa pula sidang mesyuarat terbabit gagal menghasilkan satu keputusan yang cukup padu dan holistik tanpa perlu diganggu-gugat pelaksanaannya?

Ini bukan kali pertama ya, keputusan kerajaan menjadi sendaan ramai.

Sudah acap kali perkara seumpamanya berlaku sehingga tidak keterlaluan dikatakan, rakyat semakin hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap barisan pemerintah.

Hari ini, negara merekodkan 4,519 kes baharu dengan 25 kematian dan di media sosial khususnya, kita dapat membaca keluhan serta ketakutan jentera perubatan, apabila katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) semakin kehabisan.

Dengan keadaan yang semakin parah dan diburukkan pula kelemahan kerajaan mengendarai situasi semasa, jangan terkejut jika Malaysia bertukar menjadi seperti India.

Sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan bahawa COVID-19 telah mengadaptasikan diri untuk menjangkiti manusia dengan pelbagai varian.

Jika itu tidak boleh dijadikan sebagai sistem penggera untuk kerajaan bersikap tegas dengan pendekatan serta keputusan yang lebih menyeluruh dan holistik, rasanya semua rakyat sudah boleh mula merencana ‘perjalanan akhir’ masing-masing.

SOP dibuat menjadi pertikaian, begitu juga keputusan dihasilkan dengan mudah ditarik semula, apa lagi agaknya ulah pemerintah selepas ini?

Bolehkah rakyat terus mengharap sinar di hujung jalan, jika laluan itu semakin gelap dan getir?

Kepada Tuhan juga kita berserah. – Getaran, 8 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Ekonomi 3 minggu yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 10 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu