web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ASEAN Harus Terus Kekal Sebagai Zon Neutral - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 11:25AM

Anwar Ibrahim menyatakan bahawa ASEAN ditubuh untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, termasuk menjalin kerjasama di kalangan negara anggotanya, dan objektif ini harus dikekalkan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ASEAN harus kekal sebagai zon aman, bebas dan berkecuali di tengah-tengah persaingan antara Amerika Syarikat dan China yang semakin meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian dalam temu bual dengan penyiar kebangsaan China CCTV yang disiarkan pada malam hari Jumaat. Temu bual itu dirakam semasa lawatan rasmi tiga harinya ke Beijing minggu lepas.

Anwar menyatakan bahawa ASEAN ditubuh untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, termasuk menjalin kerjasama di kalangan negara anggotanya, dan objektif ini harus dikekalkan.

Malaysia merupakan antara lima pengasas ASEAN semasa pertubuhan itu dibentuk pada 1967.

“Pendirian ini berterusan. Kami tidak mahu rantau ini menjadi pangkalan persaingan ketenteraan. 

“Pendirian itu agak konsisten walaupun kami kekal mesra dengan semua negara,” katanya dalam temu bual itu.

Beliau berkata wilayah itu tidak sepatutnya menjadi medan persaingan kuasa dan tidak boleh dibiarkan dengan provokasi yang tidak perlu muncul daripada persaingan itu.

Memetik mengenai AUKUS, Anwar berkata Malaysia telah menimbulkan kebimbangan mengenai pakatan keselamatan itu melibatkan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat di Indo Pasifik yang dilihat akan memburukkan lagi keadaan di rantau itu.

“Itulah sebabnya Malaysia mengambil tindakan yang lebih tegas dan konsisten sejak dari mula lagi, untuk tidak membenarkan keadaan itu meningkatkan lagi ketegangan tentera, atau dianggap atau dilihat sebagai provokatif,” katanya.

Beliau juga menggesa China dan AS mencari penyelesaian terbaik dalam menangani ketegangan antara kedua-dua pihak.

Di sisi domestik, Anwar berkata Malaysia kini kembali ke landasan berikutan tadbir urus yang baik menjadi teras pentadbirannya dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan negara.

Beliau berkata kerajaan juga memberi tumpuan untuk membanteras rasuah dan membersihkan imej negara.

“Kita perlu bertindak tegas terhadap (rasuah) ini, kerana itu akan menggalakkan kemasukan pelabur.

“Malaysia pernah menunjukkan prestasi yang lebih baik pada 1990-an daripada segi pertumbuhan, tetapi ia telah merosot selama beberapa dekad selepas krisis 1997 (kewangan). Kini kita kembali ke landasan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad