web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebergantungan Terhadap Orang Tengah Perlu Dikurangkan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 8:30PM

Anwar Ibrahim melancarkan Jualan Agro Rahmah di Bazar Ramadan Putrajaya 2023 di Presint 3 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kebergantungan terhadap orang tengah perlu dikurangkan dalam usaha memastikan harga barangan dalam pasaran negara ini dapat dikawal.

Ditemui pada program jualan Agro Rahmah di Bazar Ramadan, Presint 3 di sini hari ini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata harga barang boleh dikawal sekiranya orang tengah mengambil keuntungan yang berpatutan.

Mengambil contoh harga barang pada jualan Agro Rahmah itu, beliau berkata harga sayur dan barangan basah yang dijual adalah lebih murah kerana tidak melalui orang tengah.

“Kita tengok kalau sayur hijau lebih murah, kerana tidak melalui orang tengah dengan keuntungan berlebihan … jadi harga jauh lebih rendah dari pasar biasa.

“Begitu juga harga barang makanan lain seperti buah, ikan dan udang … Kalau dapat kurangkan peranan orang tengah atau orang tengah ambil keuntungan berpatutan, harga boleh dikawal,” katanya.

Ditanya mengenai inisiatif kerajaan memerangi orang tengah, beliau berkata kewujudan pasar tani dan program Agro Rahmah adalah antara pendekatan yang dilaksana bagi mengawal harga barang.

“Kalau kita bawa hasil itu dari ladang terus ke pasar, harga itu jauh lebih rendah … barang-barang import itu kita tidak dapat kawal tetapi hasil dalam negeri boleh dikawal,” katanya.

Anwar turut mengumumkan sewa gerai bazar Ramadan di Presint 3 dikurangkan daripada RM1,000 kepada RM850 bagi memberi keuntungan lebih kepada peniaga.

“Ini (pengurangan) memberi peluang kepada mereka (peniaga) mendapat keuntungan lebih,” katanya.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad