web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seramai 15,000 Banduan, Bekas Banduan Disasar Dapat Pekerjaan Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 2:54PM

Ketika ini terdapat seramai 77,000 banduan yang sedang dipenjarakan, mampu menjadi tenaga kerja produktif dan bersedia untuk ditempatkan dalam sektor pekerjaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Jabatan Penjara (JPM) menyasarkan seramai 15,000 banduan, bekas banduan dan penghuni Sekolah Henry Gurney akan mendapat pekerjaan tahun ini.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata ketika ini terdapat seramai 77,000 banduan yang sedang dipenjarakan, mampu menjadi tenaga kerja produktif dan bersedia untuk ditempatkan dalam sektor pekerjaan, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing. 

“Kita terlalu bergantung kepada pekerja asing. Adalah kerugian jika kita tidak memanfaat tenaga kerja negara.

“Sehubungan itu saya menyeru supaya lebih banyak majikan tampil bagi memberi peluang kedua kepada golongan ini untuk meneruskan kehidupan baharu selepas menjalani hukuman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani Nota Kolaborasi (NoC) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan JPM di Wisma Perkeso di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Penjara Datuk Nordin Muhamad dan Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed. 

Beliau berkata sejak 2021 hingga Mac lepas, seramai 588 banduan, bekas banduan dan penghuni Sekolah Henry Gurney telah mendapat tawaran pekerjaan menerusi inisiatif seperti Program Penempatan Penghuni Bebas Lesen dan Program Re-Entry@MyFutureJobs.

“Jumlah itu melibatkan 409 bekas banduan, 44 orang yang diparol dan orang diselia, manakala bakinya melibatkan penghuni Sekolah Henry Gurney, 

Sementara itu, Sivakumar berkata tenaga kerja asing dari Kemboja dijangka meningkat hasil dua Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani semasa lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kemboja pada 27 Mac lepas.

Dalam lawatan kerja yang turut disertai beliau itu, katanya Kemboja bersetuju memberikan latihan dan pendedahan terhadap tenaga kerja mereka, sebelum dihantar ke Malaysia.

Menurutnya mengikut rekod kementerian itu, setakat ini terdapat seramai 4,422 pekerja Kemboja di negara ini dengan 926 orang daripadanya merupakan pekerja domestik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Menteri Putuskan MITRA Dikembalikan Semula Ke JPM - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan