web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih 10 Kawasan Hutan Simpanan Kekal Diteroka Untuk Penempatan, Perladangan — JPNJ 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 12:41PM

Kawasan diterokai didapati telah dijadikan penempatan dan ladang getah serta kelapa sawit yang disifatkan diuruskan secara terancang. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) mengesan lebih 10 kawasan di Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu yang berkemungkinan diterokai oleh Orang Asli melibatkan kawasan di luar rizab mereka serta pihak tidak bertanggungjawab.

Pengarah JPNJ Datuk Salim Aman berkata kawasan diterokai didapati telah dijadikan penempatan dan ladang getah serta kelapa sawit yang disifatkan diuruskan secara terancang berikutan terdapat penggunaan mesin dan sebagainya.

Beliau berkata HSK di luar kawasan rizab Orang Asli tidak boleh diterokai oleh mana-mana pihak, termasuk Orang Asli sendiri dan ia hanya dibenarkan sebagai kawasan rayau bagi Orang Asli mendapatkan hasil termasuk memburu bagi kegunaan sendiri dan bukan tujuan komersial.

“JPNJ mengakui memang terdapat kawasan-kawasan HSK yang telah diterokai oleh Orang Asli dan pihak tidak bertanggungjawab, jadi ada dua kategori, satu penempatan dan satu lagi perladangan.

“Majoriti adalah kelapa sawit yang kita rasa mungkin diusahakan oleh Orang Asli dan pihak luar, mungkin peringkat awal itu diteroka oleh mereka (Orang Asli) yang telah ditebang-tebang itu, tetapi kemudian dimasuki pihak luar dan menjadi semakin besar,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa dan Silaturrahim Ramadan Johor Economic, Tourism and Cultural Office (JETCO), di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya JPNJ ada mengesan aktiviti penerokaan dan pencerobohan dalam HSK.

Justeru, Salim berkata jabatannya sedang mengumpul maklumat untuk disalurkan kepada kerajaan negeri bagi mengenal pasti tindakan yang boleh diambil.

Tiga minggu lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam titah perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, telah menzahirkan kekecewaan berikutan ada segelintir Orang Asli menceroboh kawasan hutan simpan kerajaan untuk dijadikan ladang getah dan kelapa sawit secara besar-besaran.

Baginda juga percaya terdapat orang luar yang menjadi dalang dalam hal ini dan cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan hak Orang Asli sebagai alasan, justeru, turut menggesa kerajaan negeri supaya meletakkan kawasan penempatan dan rizab Orang Asli di bawah Sultanate Land supaya tiada pihak boleh berbuat sesuka hati.

Semalam, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri menjunjung dan menyokong sepenuhnya titah Sultan Ibrahim untuk meletakkan semua kawasan penempatan dan rizab Orang Asli di negeri ini di bawah Sultanate Land supaya tidak ada pihak boleh berbuat sesuka hati.

Menteri Besar berkata kerajaan negeri sangat peka dan prihatin terhadap eksploitasi yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ke atas Orang Asli terutamanya di negeri ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Orang Asli Dipercayai Dibaham Harimau Ditemukan Di Kawasan Cerun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bomba Terbangkan 2 Pesakit Orang Asli Ke Hospital Gua Musang

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pekebun Orang Asli Jual Keledek Guna TikTok, Facebook

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad