web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Janji 12,800 Doktor Kontrak Diserap Kakitangan Tetap Dalam 3 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 5:40PM

Anwar Ibrahim berkata beliau memahami nasib doktor kontrak terbabit, tetapi menegaskan isu berkenaan tidak dapat diselesaikan sekarang kerana kekangan kewangan - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar untuk melantik 12,800 doktor kontrak sebagai kakitangan tetap dalam tempoh tiga tahun akan datang, sebagai usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah berlarutan kumpulan itu.

Angka itu hampir dua pertiga daripada pegawai perubatan yang digaji kerajaan secara kontrak, dengan jumlah terkini adalah 20,330 kakitangan.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata beliau memahami nasib doktor kontrak terbabit, tetapi menegaskan isu berkenaan tidak dapat diselesaikan sekarang kerana kekangan kewangan.

Sebagai permulaan, katanya, kira-kira 4,300 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap tahun ini, dengan kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion dalam Bajet 2023 untuk tujuan itu.

Malah, beliau berkata, sebanyak RM600 juta dana tambahan akan diperuntukkan tahun ini bagi memenuhi keperluan golongan itu.

“Ia adalah (terbaik) yang boleh kita lakukan untuk tahun ini.

“Kami jangka, dalam tempoh tiga tahun akan datang, kami akan dapat menyerap 12,800 doktor kontrak. Tahun ini sahaja, kami akan menyerap 4,300.

“Justeru, saya harap mereka dapat memahami bahawa kita tidak pernah berniat untuk memperkecilkan mereka, memandangkan kita tahu mereka sudah berkhidmat dengan baik dan berkorban masa serta tenaga untuk negara,” katanya semasa Sesi Menjawab Soalan Perdana Menteri pagi tadi.

Sehubungan itu, Anwar merayu agar kumpulan kakitangan berkenaan bersabar kerana kerajaan Persekutuan cuba menangani perkara terbabit.

Beliau turut berterima kasih kepada doktor kontrak kerana membatalkan perancangan mogok yang sepatutnya berlangsung semalam hingga esok.

Mogok itu dirancang kumpulan dikenali Mogok Doktor Malaysia yang menggesa doktor kontrak supaya tidak hadir bekerja dengan mengambil cuti kecemasan atau sakit.

Satu lagi kumpulan, Hartal Kontrak Doktor yang menganjurkan mogok pada 2021 memaklumkan, ia tidak terlibat dalam rancangan mogok dirancang itu.

Anwar menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau (Tuaran-PH) yang ingin mengetahui bilangan pegawai perubatan kontrak dalam perkhidmatan awam dan implikasi kewangan, sekiranya kesemua mereka diserapkan ke jawatan tetap. – The Vibes, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad