web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cukai Vape Pendekatan Sederhana Kerajaan Kawal Selia Produk Merokok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 2:08PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah mengenakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik merupakan antara pendekatan sederhana yang diambil kerajaan untuk mengawal selia produk merokok yang mengandungi nikotin serta menghentikan tabiat merokok dalam kalangan rakyat di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada masa sama, kerajaan tetap tegas melarang perbuatan itu dilakukan di tempat-tempat seperti di sekolah dan Parlimen selain meningkatkan kempen advokasi bagi memberi kesedaran bahaya merokok terutama terhadap golongan muda.

 Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

“Mengambil tindakan agak ekstrem dengan mengharamkan vape, nikotin atau rokok itu, agak drastik dan tidak mampu dikendalikan oleh mana-mana negara di  dunia. Ramai yang memilih untuk merokok walaupun kita keluarkan kempen.

“Sementara kita menjalankan kempen tentang kesan negatifnya, kita teruskan juga dengan (langkah) percukaian ini sekadar untuk tidak menjadikan bahan itu daripada tersebar luas dan murah.

“Saya setuju bahawa badan-badan kesihatan dan profesional semuanya tanpa kecuali, memang menentang keras soal ini (menyahsenaraikan produk cecair dan gel nikotin yang digunakan dalam alat rokok elektronik daripada Akta Racun 1952).

“Tetapi pada hemat kerajaan buat sementara ini, kita sukar untuk mengharamkan tetapi kita boleh meningkatkan kesedaran supaya orang memilih...(untuk tidak merokok),” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Ia bagi menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) yang ingin tahu justifikasi tindakan kerajaan menyahsenaraikan produk cecair dan gel nikotin yang digunakan dalam alat rokok elektronik daripada Akta Racun 1952.

Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan komited untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan kawalan produk merokok termasuk rokok elektronik pada sidang Dewan Rakyat, Mei ini.

“Pada prinsipnya, kita akan terus bentang rang undang-undang ini (rang undang-undang berkaitan kawalan produk merokok)…pada peringkat awal kita setuju sekalikan rang undang-undang ini dengan cukai vape, tetapi oleh kerana banyak bantahan maka kita cadangkan Menteri Kesihatan rundingkan semula dengan teliti bersama Ahli-ahli Parlimen serta badan kesihatan.

“Ia bukan untuk melengahkan kerana ia akan dilaksanakan pada tahun ini juga dan ia (rundingan) supaya ada persefahaman berhubung beberapa peruntukan terutama pelaksanaan yang dianggap terlalu keras, namun pada peringkat sekarang Jabatan Kastam tetap akan mengawal pengedarannya,” kata beliau.

Semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas, kerajaan mengumumkan cadangan untuk mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan peranti pengewapan elektronik.

Pada 1 April lepas, media melaporkan kerajaan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran