web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Anwar Arah Persiapkan Prasarana, Kemahiran Sumber Manusia Untuk Terima Pelaburan Asing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 10:43AM

Anwar Ibrahim berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian dan jabatan mempersiapkan infrastruktur dan kemahiran sumber manusia untuk menerima pelaburan asing yang kian rancak ke negara ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata jika pelaburan masuk ke Malaysia tetapi anak tempatan tidak diberi peluang, ia menyebabkan tidak berlaku pemindahan teknologi dan latihan khusus.

Berucap pada majlis perhimpuan bulanan Kementerian Kewangan (MoF) di sini hari ini, Anwar berkata MoF harus membantu menyelaraskan untuk mengetahui apa bidang yang kurang termasuk berkaitan kemahiran sumber manusia sebagai persediaan menerima pelaburan asing.

"Kalau perlu (sediakan) peruntukan khas tambahan untuk beri latihan intensif. Jika tidak mereka (pelabur) terpaksa mengambil pekerja dari luar negara. Ini hal yang harus dipantau dan segerakan tindakan," katanya.

Anwar berkata pelaburan RM25.5 bilion oleh Amazon Web Services (AWS) serta RM170 bilion oleh China, mempunyai "snowball effect" dalam pelaburan Malaysia, apabila banyak negara menunjukkan minat membuat pelaburan dalam negara.

"Kalau hanya tunggu pelaburan, tetapi tidak siapkan jentera kemahiran dan infrastruktur, ini akan menjadi masalah. Bila mereka (pelabur) masuk, keperluan prasarana kian bertambah," katanya.

Anwar berkata pelaburan di Malaysia kian meningkat disebabkan sistem politik yang stabil dan dasar-dasar kerajaan yang jelas serta usaha awal pegawai kerajaan dalam menarik pelaburan sehingga membuahkan hasil yang begitu baik.

"Saya mengucapkan penghargaan, terima kasih, kerana apabila jentera penjawat awam itu dianggap telus dan cekap, jadi hasilnya itu baik. Bila ada kesepakatan dari semua pegawai jabatan dan agensi, ia mempermudahkan dan melicinkan proses serta menyakinkan pelabur dan kemudian mendapat manfaat.

"Inilah yang kita harapkan dalam kerajaan Madani supaya ada kefahaman dan seragam atas dasar-dasar kita sepakati dan kemudian laksanakan dengan baik," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar