web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PTPTN Peruntuk RM231,000 Bagi Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin Kepada Pelajar USM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 2:38PM

Menurut PTPTN, peruntukan itu merupakan antara inisiatif perbadanan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi program Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin untuk membantu pelajar kurang berkemampuan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memperuntukkan sebanyak RM231,000 kepada 462 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban kewangan pelajar berkenaan.

Menurut PTPTN dalam kenyataan, peruntukan itu merupakan antara inisiatif perbadanan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi program Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin untuk membantu pelajar kurang berkemampuan.

“Setiap pelajar USM itu terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar layak menerima bantuan sebanyak RM500 secara sekali beri dan disalurkan ke dalam akaun bank pelajar. 

“Pelaksanaan program ini juga adalah dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan USM bagi memastikan penerima adalah dari kumpulan sasaran yang layak,” menurut kenyataan itu.

Majlis penyampaian Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin kepada pelajar USM telah diadakan di Masjid Al-Malik Khalid USM, Pulau Pinang, semalam, sempena Majlis Iftar USM yang disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Gabenor USM Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin, Naib Canselor USM Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed dan Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Menurut PTPTN, inisiatif Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin diadakan untuk menyalurkan bantuan sara hidup kepada pelajar yang kurang berkemampuan di institusi pengajian tinggi (IPT) lain bagi meringankan beban kewangan pelajar.

“PTPTN sentiasa prihatin mengenai kebajikan para pelajar khususnya peminjam PTPTN dengan menyediakan pelbagai inisiatif untuk manfaat pelajar.

“Diharapkan inisiatif Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin ini memberi sinar kepada para pelajar untuk terus mencipta kejayaan hebat dalam akademik dan sahsiah, sekali gus menjadi kebanggaan ibu dan ayah,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penuntut IPTA Didakwa Cederakan Rakan Baik Guna Asid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kejayaan Proses Evakuasi Keluarga Nadir Al-Nuri Bukti PM Prihatin Kebajikan Rakyat

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad