web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jabatan, Agensi Kerajaan Diminta Anjur Majlis Ilmu Sepanjang Ramadan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 1:19PM

Anwar Ibrahim berkata beliau juga telah meminta Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk menyelaraskan penceramah sekiranya diperlukan pada majlis ilmu yang diadakan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Semua jabatan, agensi kerajaan dan kementerian diminta untuk menganjurkan majlis ilmu sepanjang Ramadan ini dengan memberikan fokus kepada memahami ayat al-Quran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau telah mengusulkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali supaya semua jabatan, kementerian, agensi mengadakan majlis singkat waktu zuhur.

"Dari jam 1 sehingga zuhur dengan tazkirah yang menumpu kepada satu ayat al-Quran dan menelaah supaya dapat dihadam.

"Mudah-mudahan Ramadan ini kita dapat tingkatkan darjat dengan fokus kepada membaca dan menelaah al-Quran dan memahaminya," katanya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Anwar berkata beliau juga telah meminta Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk menyelaraskan penceramah sekiranya diperlukan pada majlis ilmu yang diadakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad