web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Terkemuka China Setuju Jadikan Malaysia Hab Serantau - PM Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 11:20AM

Anwar Ibrahim melambai kepada hadirin selepas hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Beberapa syarikat terkemuka dari China telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai hub serantau mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, Anwar berkata perincian mengenai perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

"Selalunya hab serantau mereka adalah di negara-negara lain (negara jiran), tapi ini kali pertama beberapa syarikat memilih untuk menjadikan (Malaysia) sebagai hab serantau mereka,” katanya yang kembali ke Malaysia semalam selepas mengadakan lawatan rasmi ke China.

Anwar dalam pada itu berkata beliau telah mengusulkan kepada syarikat-syarikat terkemuka China untuk mengutamakan pengambilan pekerja tempatan yang berkelayakan untuk operasi mereka di negara ini.

Menurutnya, syarikat China yang beroperasi di negara ini kadang-kadang membawa keseluruhan pekerja  dari negara mereka (China).

Bagaimanapun,  Anwar berkata kerajaan bersedia meluluskan permohonan untuk mengambil pekerja dari China dengan segera namun syarikat terbabit perlu membuktikan usaha mengambil pekerja tempatan yang diperlukan tidak berjaya.

Selain itu, turut diusulkan ialah program latihan kursus dalam syarikat seperti Proton Holdings Bhd dengan tujuan memberi keutamaan kepada pemilihan anak tempatan dalam syarikat, sebelum ruang dibuka kepada profesional dari China.

Sempena lawatan rasmi Perdana Menteri selama empat hari ke China, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi bernilai RM170 bilion, hasil daripada pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara perniagaan di China dan Malaysia dalam pelbagai bidang terutamanya teknologi hijau dan ekonomi digital. 

China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009. Pada 2022, jumlah perdagangan dua hala bernilai RM487.13 bilion (US$110.62 bilion), meningkat 15.6 peratus daripada 2021. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 2 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 5 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad