web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKP: 70,000 Pelajar IPT Mula Pulang Ke Rumah Secara Berperingkat-peringkat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 8:00AM

Pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang tinggal di kampus, menunggu bas untuk pulang ke rumah secara berperingkat-peringkat di Shah Alam. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 70,000 daripada 162,414 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tinggal di kampus pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat mulai semalam sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata mereka adalah pelajar IPT di universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta, politeknik dan kolej komuniti.

Beliau berkata pergerakan mereka berpandukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat menerusi empat kaedah ditetapkan iaitu menggunakan bas yang diselaras IPT, kenderaan sendiri, dijemput ibu bapa atau menggunakan penerbangan bagi pelajar Sabah.

“Kebenaran pergerakan ini dibuat selepas mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini,” katanya ketika ditemui semasa melakukan tinjauan pergerakan pulang pelajar di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

“Jadi saya nasihatkan setiap pelajar agar mematuhi SOP sepanjang berada di kampung halaman bersama keluarga dengan memakai pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan menjaga penjarakan fizikal,” tambahnya.

Terdahulu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan lebih 100,000 pelajar IPT yang kini berada di kampus dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali bagi Sarawak, dan pergerakan secara berfasa itu ditetapkan dari 7 hingga 12 Mei dari kampus ke kediaman masing-masing manakala tarikh kembali ke kampus bermula 15 hingga 20 Mei.

Sementara itu 7,500 pelajar UKM pulang ke kediaman masing-masing di seluruh negara kecuali Sarawak untuk fasa pertama malam ini dengan menaiki 19 bas manakala 350 pelajar menaiki 13 bas esok (fasa kedua) dan fasa terakhir pada Ahad seramai 32 orang.

Mengenai prosedur pelajar IPT apabila kembali ke kampus, Noraini berkata mereka perlu menjalani ujian saringan terutama mereka yang dari kawasan berisiko tinggi.

“Sekiranya bergejala dan mencatat bacaan suhu badan tinggi, mereka akan diasingkan dan tidak dibenar pulang ke kampus. Bagi mereka yang tidak bergejala, mereka boleh kembali ke kampus dan meneruskan sesi pengajian,” katanya.

Sementara itu Universiti Sains Malaysia (USM) dalam satu kenyataan berkata pihaknya membantu menguruskan pengangkutan pulang 2,748 pelajar universiti ke kampung halaman bermula hari ini dan esok dengan menggunakan 10 buah bas ke semua negeri di semenanjung Malaysia.

"Perjalanan penghantaran pelajar USM hari ini membabitkan lapan buah bas ke semua negeri di semenanjung Malaysia kecuali Terengganu manakala bagi Terengganu penghantaran bermula esok (8 Mei) menggunakan dua buah bas," menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran