web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perdana Menteri Sekali Lagi Zahir Penghargaan Atas Undangan Kerajaan Arab Saudi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 7:02AM

Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan Malaysia-Arab Saudi termasuk dalam urusan perniagaan, perbankan dan kegiatan Islam terjalin dengan sangat baik - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menzahirkan penghargaan atas undangan Kerajaan Arab Saudi untuk melawat ke negara itu dalam tempoh yang singkat selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Lawatan rasminya ke negara Timur Tengah itu bersama delegasi pada 22 hingga 24 Mac lepas merupakan lawatan negara luar ASEAN pertamanya selepas mengangkat sumpah memegang jawatan berkenaan pada 24 November tahun lepas. 

Menerusi hantaran di Facebook rasminya malam tadi, beliau yang juga Menteri Kewangan menyifatkan hubungan Malaysia-Arab Saudi termasuk dalam urusan perniagaan, perbankan dan kegiatan Islam terjalin dengan sangat baik.

“Saya percaya kerjasama Malaysia-Arab Saudi akan terus diperkasa menerusi pelbagai lapangan sekali gus memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya. 

Dalam lawatan tiga harinya ke negara itu, Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Sheikh Dr Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa.

Beliau juga sempat mengadakan pertemuan dengan komuniti perniagaan Arab Saudi di ibu pejabat Bank Pembangunan Islam, di Jeddah dan menyaksikan majlis menandatangani tiga Perjanjian Persefahaman melibatkan syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi.

Anwar dan delegasi juga sempat melengkapkan ibadah umrah di Makkah dan ziarah di Madinah serta beramah mesra dalam program iftar bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jeddah, Makkah dan Madinah. 

Untuk rekod, pada tahun 2022, Arab Saudi merupakan rakan dagang terbesar, destinasi eksport ketiga terbesar dan sumber import terbesar negara di rantau Asia Barat dengan jumlah dagangan dua hala berjumlah RM45.52 bilion (US$10.26 bilion), peningkatan sebanyak 159.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, eksport negara ke Arab Saudi, meningkat sebanyak 43.8 peratus berjumlah RM7.28 bilion (US$1.66 bilion), manakala, jumlah import negara dari Arab Saudi mencatatkan peningkatan sebanyak 205.8 peratus berjumlah RM38.24 bilion (US$8.60 bilion). - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 6 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad