web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


221 Cerun Kritikal Perlu Diberi Perhatian - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 8:25PM

Ahli geologi dimohon untuk sentiasa cakna memastikan penduduk yang terdedah kepada bencana ini diberikan cukup pengetahuan agar insiden tidak diingini dapat dielakkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengenal pasti sejumlah 221 cerun kritikal yang perlu diberi perhatian khususnya ketika musim monsun melanda.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata insiden menyayat hati yang mengorbankan 31 nyawa di Batang Kali pada Disember lepas, boleh dielakkan jika semua pihak mengambil serius pembangunan sesebuah kawasan dengan memastikan tapak yang hendak dibangunkan dalam keadaan stabil, selamat dan tidak berisiko bencana geologi seperti tanah runtuh.

“Selain itu, kejadian aliran puing yang telah beberapa kali berulang juga perlu diberikan perhatian,” katanya dalam perutusan sempena Hari Ahli Geologi Sedunia 2023 yang disambut hari ini.

Justeru, katanya ahli geologi dimohon untuk sentiasa cakna memastikan penduduk yang terdedah kepada bencana geologi ini diberikan cukup pengetahuan agar insiden tidak diingini dapat dielakkan jika berlaku banjir atau aliran puing di masa akan datang.

Nik Nazmi berkata semasa bencana di Batang Kali itu, beliau dapat melihat dan merasakan sendiri selain menjadi saksi akan tugasan yang dilakukan oleh JMG.

“Saya amat kagum dengan peranan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli geologi. Mereka antara yang pertama ke tapak bencana menganalisis tapak dan pergerakan tanah runtuh tersebut, mereka juga yang mengkaji dan faham akan punca kejadian tersebut,” katanya.

Menyifatkan ahli geologi di Malaysia antara ahli profesional yang terawal dalam membantu pembangunan negara, beliau turut menggalakkan golongan itu agar meneroka sumber tenaga boleh diperbaharui seperti geoterma bagi membantu industri Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE).

Katanya usaha itu perlu kerana industri perlombongan NR-REE kini sedang giat dibangunkan dengan beberapa kawasan dikenal pasti berpotensi menjanjikan pulangan baik kepada ekonomi negara.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata JMG terlibat secara langsung dalam merangka Pelan Strategik Air Tanah 2021-2040  bagi menyokong agenda Transformasi Sektor Air 2040 (WST 2040).

Katanya penglibatan itu adalah untuk memastikan sumber bekalan air negara terus dalam keadaan mampan melalui kajian ke atas sumber air bawah tanah yang berterusan yang boleh digunakan secara konjungtif. 

“Kementerian juga sedang giat membangunkan Pelan Pembangunan dan Pelaksanaan Geopark Negara agar pembangunan geopark di Malaysia dilaksanakan secara terkawal dan lestari. Begitu juga dalam memastikan kejadian bencana geologi dapat dipantau dan dikawal.

“Kementerian terlibat secara langsung dalam Arahan No. 20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara) termasuk antaranya melaksanakan Program Pengurusan Bencana Berasaskan Komuniti bagi mengurangkan risiko ancaman bencana geologi sama ada kehilangan nyawa atau harta benda,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad