web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rayuan Ditolak, Noraini Positif Najib Pasti Beroleh Keadilan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 3:26PM

Noraini Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masih ada ruang untuk mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat keadilan sewajarnya, walaupun rayuannya ditolak Mahkamah Persekutuan, baru-baru ini.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad optimis Najib bakal menerima keadilan yang sepatutnya diberikan kepada beliau.

“Saya berasa sangat sedih apabila mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukumannya dalam kes SRC.

“Apa yang dimahukan Datuk Seri Najib adalah perbicaraan yang adil seperti mana ditegaskan oleh Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Noraini menyatakan demikian sebagai mengulas keputusan 4-1 Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan Najib, untuk menyemak semuoa sabitan dan hukuman dikenakan ke atasnya dalam kes dana SRC International Sdn Bhd.

Najib sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Penolakan rayuan tersebut dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat.

Tiga hakim lain yang turut senada ialah Datuk Rhodzariah Bujang; Hakim Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Sementara itu, Abdul Rahman yang mengetuai panel hakim mendengar semakan berkenaan kes bagaimanapun berpendapat, Najib tidak mendapat pengadilan sewajarnya dalam prosiding terdahulu.

Abdul Rahman ialah satu-satunya hakim yang menentang keputusan menolak permohonan Najib itu.

Dapam penghakimannya, Abdul Rahman berkata,  bekas Ahli Parlimen Pekan itu wajar dibebaskan kerana beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Tegas beliau, panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah menyalahguna kuasa dengan memaksa peguam mewakili Najib untuk meneruskan prosiding walaupun peguamnya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik menarik diri.

Noraini menerusi hantaran sama turut memetik kenyataan Abdul Rahman, bahawa keadilan bukan semata-mata menentukan seseorang itu bersalah atau tidak. 

“Ia juga mengenai seseorang yang dituduh itu mendapat perbicaraan yang adil.

“Saya mendoakan agar Datuk Seri Najib dan keluarga terus tabah dan saya masih positif dalam keadilan yang akan diberikan kepada Datuk Seri Najib,” katanya. - Getaran, 2 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad