web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Akan Utamakan Pengukuhan Hubungan Dengan China - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 8:44PM

Anwar Ibrahim (kiri) bersama Perdana Menteri Cina Li Qiang pada sambutan rasmi di Great Hall of the People hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pentadbirannya akan mengutamakan usaha untuk membina hubungan dua hala yang lebih kukuh dengan China.

“Malaysia sentiasa mempunyai hubungan yang baik dan positif dengan China tetapi dengan kerajaan baharu, pendirian kami adalah lebih jelas.

Saya mengambil pendirian bahawa keutamaan kami (menyokong) ‘Dasar Satu China’ selain menumpukan kepada hubungan dua hala dengan China,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian di dalam ucapannya semasa mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya dari China Li Qiang yang berlangsung di Great Hall of the People, di sini hari ini.

Anwar berkata banyak dasar yang dipelopori Presiden China Xi Jinping seperti komuniti yang berkongsi masa hadapan, inisiatif keselamatan dan peradaban adalah sama dengan konsep MADANI di Malaysia. 

“Itulah faktor mengapa kami memilih secara terbuka mengumumkan sokongan kepada China dan kepimpinannya,” kata beliau.  

Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatnya terhadap layanan baik dan mesra kepada beliau dan delegasi Malaysia.

Li dalam ucapannya berkata Malaysia dan China kini berada di satu titik permulaan bersejarah yang baharu dengan kedua-dua negara akan meraikan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif  (CSP) tahun ini dan ke-50 jalinan hubungan diplomatik pada tahun hadapan. 

Beliau berkata Xi dan Anwar juga telah bersetuju untuk membangunkan satu rangka tindakan bersama untuk hubungan dua hala di dalam era baharu.

Anwar melakukan kunjungan hormat kepada Xi semalam.

“Kerajaan kedua-dua negara seharusnya mengambil ini sebagai panduan untuk mempromosikan pembangunan di kedua-dua belah pihak kepada kualiti yang lebih tinggi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” kata Li. 

Anwar dan Li menyaksikan majlis menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-kedua kerajaan selepas mesyuarat itu.  

MoU pertama adalah Protokol Pertama untuk Meminda Perjanjian Pengembangan dan Pendalaman  Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China.

MoU itu ditandatangani oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan China Wang Wentao.

MoU kedua adalah Protokol mengenai Keperluan Kesihatan dan Kuarantin  untuk Import Makanan Akuakultur dari Malaysia ke China. Ia ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar  China Tang Renjian.

MoU ketiga adalah Protokol Keperluan Fitosanitasi untuk Eksport Buah Nangka ke China antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Pentadbiran Awam Kastam China.

Ia ditandatangani oleh Zambry dan Menteri Pentadbiran Awam Kastam China  Yu Jianhua.

Li juga menjadi hos kepada bankuet negara semasa iftar untuk Anwar dan delegasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad