web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Buru Pemandu Nissan Almera Tabur Paku Atas Jalan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 11:00AM

Tangkap layar video media sosial menunjukkan seorang pemandu Nissan Almera menabur paku di atas jalan raya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan pemilik kenderaan jenis Nissan Almera bagi membantu siasatan berkaitan kejadian menabur paku di atas jalan raya yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan lampu isyarat persimpangan dekat Pusing, Jalan Ipoh-Lumut di Batu Gajah, Perak.

Beliau turut mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu daripada pengguna jalan raya yang mendakwa tayar keretanya bocor selepas melalui kawasan terbabit.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perlakuan khianat.

“Sehubungan itu, pemilik kenderaan terbabit iaitu Nissan Almera dengan nombor pendaftaran AJK 869 sedang dikesan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Ramlah Abdullah di talian 016-7676287 bagi membantu siasatan.

Terdahulu tular video berdurasi 24 saat di Facebook yang memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta menabur objek dipercayai paku di atas jalan raya.

Perbuatan tidak bertanggungjawab individu itu dikecam netizen dengan rata-rata mereka menggesa hukuman tegas dikenakan terhadap pelaku terbabit. -  Getaran, 1 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar