web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 10:51AM

Datuk Ahmad Zaini Japar - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dimaklumkan anaknya Ahmad Qusyairi menerusi hantaran di Facebook yang menyatakan bapanya yang berusia 67 tahun meninggal dunia pada pukul 5.42 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan punca Allahyarham meninggal dunia.

“Abah pergi di bulan Ramadan yang penuh mulia. Dimaklumkan bahawa ayah saya Datuk Ahmad Zaini Japar telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.42 pagi di PPUM Kuala Lumpur.

“Solat jenazah dan penghormatan terakhir untuk Allahyarham akan diadakan di rumah Allahyarham di No.176, Jalan Indah 3, Suasana Indah, Jitra, Kedah selepas selesai urusan di hospital,” katanya.

Ahmad Qusyairi berkata jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Changlun, Changlun.

Allahyarham Ahmad Zaini yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi itu semasa PRU13 pada 2013.

Bagaimanapun pada PRU14, Allahyarham gagal mempertahankan kerusi itu apabila tewas kepada calon PKR dan difahamkan tidak melibatkan diri dalam PRU15 disebabkan masalah kesihatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar