web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Berkenan Lawat Bazar Ramadan Di Labuan Walk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 6:34PM

Al-Sultan Abdullah serta Tunku Azizah berkenan meluangkan masa melawat Bazar Ramadan di Labuan Walk. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan meluangkan masa melawat Bazar Ramadan di Labuan Walk di pusat bandar di sini hari ini.

Ketibaan Seri Paduka berdua disambut oleh ketua pegawai eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail dan ketua-ketua jabatan kerajaan pada pukul 3.55 petang.

Kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong itu jelas menceriakan rata-rata pengunjung dan peniaga di bazar berkenaan.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berada di Labuan dalam lawatan tiga hari sehingga 2 April, dan dijadual berangkat menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Jamek An Nur di sini nanti.

Seorang pengunjung bazar Junaidi Abdullah, 49, yang jelas teruja dengan kehadiran pasangan diraja itu berkata, ia merupakan detik manis yang tidak dapat dilupakan, menyaksikan kehadiran Seri Paduka berdua melawat bazar itu dan beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung.

Mariam Osman, 45, dari Kuala Penyu berkata beliau mengunjungi bazar itu untuk berjumpa dengan rakannya hari ini apabila diberitahu bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan untuk singgah sebentar di bazar berkenaan.

"Saya sampai di sini pukul 3 petang, orang sudah ramai, pastinya ramai yang ingin melihat Seri Paduka berdua secara lebih dekat. Saya lihat ramai yang mengambil kesempatan untuk berswafoto dengan pasangan diraja itu.

“Orang terlalu ramai menunggu peluang untuk berswafoto, dan Seri Paduka berdua tidak keberatan, malah melayan dengan mesra,” katanya. 

Beliau berkata peluang berjumpa dengan pasangan diraja itu berdua secara dekat memang jarang sekali diperoleh.

Kira-kira 2,000 orang mengunjungi bazar berkenaan untuk melihat kelibat tetamu istimewa hari ini secara lebih dekat.

Ia menempatkan 209 lot bazar yang menawarkan pelbagai kuih-muih, lauk-pauk serta minuman untuk berbuka puasa. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad