web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kekal Hubungan Mesra Dengan China, Namun Tentukan Keputusan Sendiri - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 4:24PM

Anwar ketika menyampaikan syarahan di institusi pengajian tinggi (IPT) terkemuka, Universiti Tsinghua di sini, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - Mengetahui dan menghargai perbezaan budaya adalah asas kepada hubungan sihat antara negara serta rakyatnya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam amanatnya ketika menyampaikan syarahan di institusi pengajian tinggi (IPT) terkemuka, Universiti Tsinghua di sini, hari ini.

Beliau berkata, tiada sesiapa boleh menentukan kebebasan negara lain, tetapi menjadi keperluan untuk belajar dan menghargai perbezaan antara satu sama lain.

“Saya tidak melihat China sebagai pesaing saya atau ancaman kepada kita. Ya, ada banyak perkara yang kita persetujui, tetapi ada perkara kita tidak bersetuju sebagai sebuah negara.

“China adalah negara perdagangan pelaburan utama dan AS (Amerika Syarikat) sebagai sebuah negara, mesra kepada kita. Kita (Malaysia) adalah sebuah negara kecil,” katanya kepada sekumpulan besar pelajar Malaysia dan pensyarah berprofil tinggi di universiti berkenaan.

Bagaimanapun, Anwar menerangkan dengan jelas bahawa ‘tiada siapa patut menentukan hala tuju’ Malaysia kerana ia adalah sebuah negara merdeka dan bebas memutuskan apa yang terbaik untuk negara sendiri.

“Memandangkan tiada ‘ancaman’ langsung dari China, kami gembira menjadi jiran yang baik, mesra dan mendapat manfaat daripada kejayaannya.

“Kita harus mengekalkan kedudukan ini. Sebagai contoh, perang Rusia-Ukraine memberi kesan kepada seluruh dunia. Apa yang Malaysia boleh lakukan ialah memastikan rantau kita (ASEAN) selamat dan berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa, selain mempromosi serta menyokong apa kita anggap nilai baik.

“Adalah penting untuk China dan AS memahami bahawa diplomasi antarabangsa sudah berubah. Tiada negara boleh menentukan negara lain.

“Era penjajahan, imperialisme dan neo-kolonialisme sudah berlalu,” katanya.

Anwar menambah bahawa beliau mahu menggalakkan lebih banyak pertukaran dengan negara jiran, tanpa mengabaikan pertukaran dengan Barat, AS dan Eropah.

“Kerajaan juga memainkan peranan dalam menggalakkan dan menyokong program yang membina persefahaman dan pertukaran dengan orang lain. Kita tidak seharusnya menggunakan perbezaan itu untuk menyemai perbalahan.

“Jika sikap menghargai dan menghormati antara satu sama lain, maka kita boleh hidup bersama,” katanya.

Anwar turut menyeru agar kedua-dua negara mengadakan lebih banyak kerjasama dalam bidang teknologi, penyelidikan, pendidikan, sains dan sebagainya.

Beliau menambah bahawa adalah menjadi tanggungjawab ahli akademik untuk menyediakan cara kreatif untuk menyelesaikan isu dalam ‘masa pasca normal’.

“Kita tidak boleh lagi menyelesaikan masalah dalam era pasca-normal dengan cara lama. Kita memerlukan universiti untuk mencabar cara berfikir yang mantap dalam menyelesaikan isu perubahan iklim, seperti kemerosotan alam sekitar.

“Malaysia dengan 32 juta orang tidak boleh melakukan segala-galanya dengan sendiri. Kita mesti mencipta sesuatu yang baharu dalam kapasiti kita sendiri dan menggunakan hubungan luar dengan pusat penyelidikan jiran untuk mendapat manfaat daripada satu sama lain,” katanya.

Syarahan Anwar di Universiti Tsinghua dilihat sebagai peluang jarang dimiliki pemimpin asing kerana institusi itu menduduki tempat pertama di Asia oleh Times Higher Education.

Beliau disambut Setiausaha Jawatankuasa universiti itu, Profesor Qiu Yong, Naib Presiden, Profesor Wang Hongwei dan Profesor Zeng Rong; Dekan Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa, Profesor Li Jinliang serta Profesor Kee Kehkooi dari Sekolah Perubatan.

Beliau turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Pelancongan, Kesenian and Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing; Setiausaha Agung Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin serta Duta Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.

Anwar sedang dalam lawatan rasmi empat hari ke China, menjadikan beliau antara pemimpin asing pertama melawat Beijing selepas Xi dipilih semula untuk penggal ketiga, manakala Li Qiang dilantik sebagai Perdana Menteri awal bulan ini. - The Vibes, 31 Mac 2023
 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran