web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 10:39AM

Empat kanak-kanak yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini malam tadi, dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam bilik air. - Gambar JBPM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Empat kanak-kanak yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini malam tadi, dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam bilik air di bahagian dapur rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata dalam kejadian 7.49 malam itu, Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, ditemukan maut di dalam tandas rumah itu.

Beliau berkata menurut jiran, mereka terdengar jeritan daripada kanak-kanak malang itu.

"Ada (dengar jeritan). (Kesemua mangsa) dipercayai masih sedar ketika kejadian berlaku dan cuba mengeluarkan diri dari rumah. Tindakan awal mereka ialah menyorok di dalam tandas. 

"Ketika kita sampai, pintu belakang telah hangus sepenuhnya, kita tak dapat kenal pasti sama ada pintu berkunci atau tidak," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Raiz Mukhliz berkata mengikut kenyataan awal daripada ibu mangsa yang merupakan warga tempatan, rumah itu tidak berkunci dan ketika kejadian, ibu bapa empat beradik itu tiada di rumah.

Beliau berkata bapa mereka yang merupakan warga Myanmar berusia 30 tahun sedang bekerja di sebuah restoran, manakala ibu mereka keluar sebentar untuk membeli juadah berbuka puasa di kedai berhampiran.

"Kira-kira 10 minit kemudian, dia (ibu mangsa) dapat panggilan daripada jiran yang beritahu rumahnya terbakar, lalu dia bergegas pulang. Tetapi dia tidak berjaya masuk ke rumah akibat api yang begitu marak dan tidak selamat untuk dia masuk," kata beliau.

Ketika ditanya mengenai punca kebakaran, Raiz Mukhliz berkata dapatan awal menunjukkan kemungkinan berlaku litar pintas, dipercayai bermula dari dapur rumah berkenaan.

"Ibu kanak-kanak itu memaklumkan rumah mereka tidak mempunyai televisyen atau barangan elektrik lain, tetapi ada menyalakan beberapa lampu. Ketika pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sampai, rumah berkenaan telah pun 60 hingga 70 peratus terbakar," katanya.

Beliau berkata selesai memadamkan kebakaran, JBPM menemukan mayat empat kanak-kanak itu di dalam tandas rumah terbabit dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini untuk bedah siasat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad