Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Perdagangan Sosial Bantu Peniaga Jana Pendapatan Lumayan

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 9:10AM

Teknik perdagangan sosial bukan sahaja mampu mengurangkan kos operasi sehingga 50 peratus bahkan meningkatkan nilai jualan sehingga menjana pendapatan lumayan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menjual produk atau perkhidmatan melalui platform media sosial semakin menjadi pilihan ramai hasil perkembangan pesat teknologi yang memungkinkan hampir semua urusan dilakukan hanya di hujung jari. 

Ramai pengusaha dan pemilik perniagaan hari ini memilih teknik perdagangan sosial yang bukan sahaja mampu mengurangkan kos operasi sehingga 50 peratus bahkan meningkatkan nilai jualan sehingga menjana pendapatan lumayan.

Antaranya termasuklah melalui platform SAYAJUAL.IO yang setakat ini berjaya merekodkan sebanyak RM132 juta nilai transaksi jualan dengan lebih RM20 juta komisyen dibayar kepada lebih 15,000 stokis, ejen dan dropship berdaftar sejak tahun 2022.  

Platform SAYAJUAL.IO menghimpunkan pemilik jenama, penjual dan pembeli di bawah satu bumbung untuk pengalaman membeli-belah dalam talian.

Manfaat SAYAJUAL.IO

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Azor Industries Sdn Bhd, sebuah syarikat penyedia teknologi dan pembangunan perisian, Azrul Zafri Azmi, platform SAYAJUAL.IO memberi manfaat kepada pemilik perniagaan yang mengamalkan kaedah pemasaran produk dan pengurusan tempahan secara perkhidmatan stokis, ejen dan dropship bagi memenuhi keperluan perniagaan secara menyeluruh.

“Pengusaha atau peniaga akan mengiklankan barangan atau servis mereka di media sosial untuk tujuan pemasaran dan penjualan terus, atau ringkasnya aktiviti jual beli. 

“Semakin ramai stokis, ejen dan dropship yang menjual sesuatu produk, maka lebih cepat produk tersebut tular di media sosial berikutan kekerapan iklan yang dibuat secara dalam talian. Selain itu juga, akses penjual untuk memilih produk yang berkualiti untuk dijual juga semakin mudah.

“Ini secara langsung akan menguntungkan stokis, ejen dan dropship kerana mudah membuat keuntungan melalui komisyen seterusnya menguntungkan pemilik jenama kerana dapat melebarkan capaian pemasaran dengan pantas dan berkesan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. 

Platform SAYAJUAL.IO membolehkan pemilik perniagaan mendapat makluman tempahan produk melalui hanya satu platform tanpa perlu menggaji ramai pekerja sekali gus mengurangkan kos operasi berbanding pengurusan pesanan secara manual.

Selain pemilik perniagaan dapat memantau prestasi pasukan jualan serta pengurusan pangkalan data secara terperinci, pada masa yang sama kaedah ini turut membantu meningkatkan jualan hingga lima kali ganda menerusi sistem pengurusan yang lebih efisien dan pantas.

“Dengan menggunakan 'hashtag' #sayajual, ia akan menghimpunkan sehingga ribuan jenis produk yang dijual oleh stokis, ejen dan dropship dengan jumlah posting sebanyak lebih 20 juta.

"Segala maklumat mengenai data jualan, ejen berdaftar, pengurusan inventori dan pengurusan tempahan yang sistematik, diperoleh hanya di hujung jari malah platform ini juga boleh dijadikan hab perkongsian bahan pemasaran.

"Ia juga membantu daripada aspek pemilik perniagaan tidak terbeban dengan kerenah pengurusan operasi dan boleh memberi tumpuan untuk mengatur aktiviti perkembangan perniagaan masing-masing," katanya.

Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemilik perniagaan, stokis, ejen dan dropship untuk mendapatkan akses jualan di platform SAYAJUAL.IO sebaliknya mereka hanya perlu mendaftar melalui laman web https://sayajual.io/.

Beri Nafas Baharu

Sebanyak RM1.4 bilion pendapatan direkodkan pada tahun 2022 untuk dagangan sosial di Malaysia dengan puluhan ribu pemilik perniagaan menggunakan mekanisme itu sebagai strategi utama jualan mereka.

Berkongsi sistem perdagangan sosial yang hakikatnya sudah lama bertapak di negara ini sejak bermulanya era blog dan media sosial, Azrul Zafri berkata, aktiviti itu bagaimanapun berjalan secara tidak teratur berikutan tidak ada platform khusus yang dibangunkan.

Justeru, platform seperti SAYAJUAL.IO yang mula diperkenalkan pada 2019 dan berkembang pesat sejak 2021 memberi nafas baharu kepada sistem dagangan sosial dengan memberi akses kepada sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dengan menjual pelbagai jenis produk daripada pelbagai jenama yang menawarkan komisyen dan keuntungan yang menarik.

“Pelanggan SAYAJUAL.IO terdiri daripada pemilik produk yang mencatatkan rekod jualan mencecah jutaan ringgit saban tahun, antaranya, pemilik jenama Bulan Bintang, Kak Ell, Quran Humaira dan Patola Soap.

“Antara jenama pakaian yang popular dan mencatat jualan jutaan ringgit adalah Bulan Bintang. Bulan Bintang menggunakan kaedah dagangan sosial sejak awal penubuhan dan saban tahun berjaya meningkatkan hasil jualan berlipat kali ganda.

“Sehingga hari ini, ejen dan dropship yang berdaftar dengan Bulan Bintang adalah lebih daripada 17,000 orang,” katanya menambah, untuk perkhidmatan penghantaran yang lebih berkesan, SAYAJUAL.IO menjalin integrasi dengan rakan penghantar rasmi antaranya Ninja Van, J&T Expess, Nationwide Express, DHL dan Pos Laju.

Turut menyentuh mengenai cabaran yang wujud dalam industri perdagangan sosial tempatan, Azrul Zafri yang juga Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) berkata, kewujudan platform luar negara yang mendominasi industri itu sebagai contoh TikTok Shop dikhuatiri boleh menjejas dan mendatangkan implikasi negatif dalam beberapa aspek. 

TikTok Shop adalah platform e-dagang (perdagangan elektronik) terkini untuk perniagaan dan pencipta kandungan memasarkan dan menjual terus produk mereka melalui video in-Feed, Live (siaran langsung) dan boleh mencapai sasaran pada semua pengguna aplikasi itu.

“Dominasi e-dagang dan perdagangan sosial dari luar negara boleh menyebabkan aliran keluar wang tunai rakyat dan sukar menentukan percukaian. Daripada segi pembeli dan penjual pula, sukar untuk menentukan kualiti produk yang dijual sekiranya menggunakan platform luar negara dan pengguna berisiko tinggi terdedah dengan aktiviti penipuan (scam).

“Bagi mendepani isu ini, kerajaan boleh menggalakkan penyertaan rakyat termasuk memberi latihan tertentu berkaitan perdagangan sosial dengan mengadakan kerjasama rapat bersama pemilik platform tempatan dan menyalurkan insentif galakan kepada peserta dagangan sosial terutamanya stokis, ejen dan dropship,” katanya.

Bulan Bintang Jadi Bukti

Sementara itu, berkongsi kejayaan menggunakan sistem perdagangan sosial SAYAJUAL.IO, pengasas jenama pakaian terkenal Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata, sejak awal penubuhannya, syarikat itu menggunakan pendekatan berkenaan sebagai kaedah utama pemasaran dan penjualan.

Jenama Bulan Bintang baru-baru ini hangat diperkatakan terutama dalam kalangan pengguna media sosial apabila menampilkan selebriti popular tanah air, antaranya, Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad serta Hannah Delisha dan Daiyan Trisha sebagai model pakaian jenama itu untuk koleksi Hari Raya 2023.

“Semuanya atas niat berkongsi rezeki dengan orang ramai dan strategi ini membolehkan jenama Bulan Bintang lebih mudah tular dengan lebih pantas kerana stokis, ejen dan dropship akan berkongsi tentang jenama ini di media sosial mereka.

“Oleh sebab ini, pihak ibu pejabat dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada aktiviti pemasaran berskala lebih besar dan menguruskan inventori dengan lebih sistematik dan berkesan,” katanya. 

Jualan Bulan Bintang meningkat 100 peratus hingga 500 peratus setiap tahun dengan pertambahan jumlah stokis, ejen dan dropship.

Pada tahun pertama (2016), jumlah dropship adalah lebih kurang 100 orang, tahun ini (2023) dropship yang berdaftar berjumlah 17,000 orang.

“Walaupun berhadapan persaingan daripada jenama lain terutama jenama baju Melayu, namun pihak Bulan Bintang sentiasa meningkatkan strategi pemasaran luar biasa untuk kekal menjadi jenama baju Melayu antara pilihan utama di Malaysia di samping memanfaatkan pendekatan perdagangan sosial dengan maksimumkannya untuk menjana jualan.

“Pihak Bulan Bintang akan sentiasa peka terhadap permintaan pelanggan dan sentiasa akan mengukuhkan lagi komuniti stokis, ejen dan dropship untuk terus memacu jenama ini,” katanya. 

Bulan Bintang diasaskan pada tahun 2016 dengan membawa slogan "Untuk memiliki kain yang cantik adalah satu bonus, tetapi untuk memiliki kain yang selesa dan berkualiti adalah satu kemestian".

Sebanyak RM2 juta diperuntukkan Bulan Bintang bagi mengadakan pertunjukan fesyen 'Takes The Sky' di Menara Kuala Lumpur pada Februari lepas.

Pertunjukan itu mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai satu-satunya jenama tempatan yang mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak iaitu 350 buah.

Pada awal Mac lepas, Bulan Bintang turut menganjurkan sebuah konsert mega bertemakan muzik Islamik kontemporari dengan menampilkan beberapa artis terkenal, antaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Salammusik, Raihan, Alif Satar dan The Locos, Faizal Tahir serta artis dari Indonesia, Sabyan serta penyanyi lagu dakwah, Opick. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 1 hari yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

Semasa 1 hari yang lalu

Individu Hina Institusi Diraja Dikenal Pasti, Lebih 20 Kertas Siasatan Lampau - Fahmi