web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKD Berhasrat Tarik Lebih Ramai Terlibat Ekonomi Digital Melalui PEDi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 6:23PM

Fahmi Fadzil meluangkan masa berswafoto bersama lima usahawan dalam talian (online) ketika mengadakan lawatan ke Pusat ekonomi Digital (PEDi) Seberang Terus hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhasrat menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk terlibat dalam ekonomi digital melalui platform Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berpotensi memajukan ekonomi rakyat terutamanya golongan muda.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata bagi tujuan itu, pemikiran terhadap operasi PEDi perlu diubah daripada hanya menjadi pusat internet komuniti kepada pusat pemangkin ekonomi digital.

“Melihat keupayaan ekonomi digital memajukan ekonomi terutamanya dalam kalangan anak muda, potensi ekonomi digital ini memang sangat membantu, ada yang sebelum mereka memahami cara nak menjual secara dalam talian menggunakan aplikasi Shopee, TikTok dan sebagainya pendapatan mungkin RM600.

Tetapi setelah mereka tahu caranya, ada yang berpendapatan RM5,000 ke atas, jadi potensi sangat tinggi...sekarang ini kita melihat ramai orang suka menjual dengan TikTok secara siaran langsung contohnya, apa yang boleh kita lakukan supaya lebih ramai dapat turut serta dan hasrat saya ialah supaya lebih ramai dapat dilibatkan dalam ekonomi digital melalui PEDi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PEDi Seberang Terus di Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti di sini hari ini yang turut disertai Ketua Setiausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek.

Fahmi berkata kementeriannya juga akan meneliti kemungkinan untuk menambah baik Program  Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa.

Sementara itu, Fahmi berkata beliau melihat ada kewajaran untuk mengkaji semula gaji pengurus PEDi di seluruh negara kerana ada antara mereka telah berpengalaman sehingga 10 tahun mengurus pusat itu.

“Nak bincang dengan syarikat telekomunikasi nak bantu naikkan gaji (pengurus PEDi) sedikit. Ini yang telah saya dengar daripada ramai pengurus PEDi, kita akan bincang sebab kerjasama daripada syarikat telekomunikasi penting untuk membolehkan pengurus PEDi dapat gaji yang tinggi sikit,” katanya.

Beliau berkata ia selari dengan konsep Malaysia MADANI Kerajaan Perpaduan yang mementingkan aspek manusiawi. 

Dalam pada itu, Fahmi berkata KKD merancang membuka 186 PEDi baharu di seluruh negara dan daripada jumlah itu, empat PEDi akan dibuka di empat DUN di Kedah.

Menurutnya setakat ini, terdapat sebanyak 911 PEDi di seluruh negara.

“Pada masa sama saya lihat dari segi kelajuan internet di PEDi ada yang 20 Mbps (megabit sesaat), ada yang 100 Mbps.

“Jadi bersekali kejayaan pelaksanaan Program Jendela di bawah MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), saya lihat ada keperluan untuk kita bincang dengan penyedia perkhidmatan yang menguruskan PEDi untuk tingkatkan kelajuan internet di PEDi. Harapan saya rata-rata kita boleh capai dalam purata 100 Mbps,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad