web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Farmasi Bantah Cadangan Pengecualian Cecair, Gel Nikotin Dalam Akta Racun 1952

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) menyeru kerajaan supaya menolak cadangan memberikan pengecualian kepada produk cecair atau gel nikotin daripada kawalan di bawah Akta Racun 1952.

Presiden MPS, Prof  Amrahi Buang, dalam satu kenyataan semalam, berkata cadangan sedemikian akan memudaratkan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia dan bukan untuk kepentingan negara.

“Mengecualikan ia daripada Akta Racun 1952 akan menghantar mesej yang salah kepada orang ramai, terutamanya golongan muda dan boleh membawa kepada peningkatan dalam penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape.

“Kami menggesa kerajaan untuk mengukuhkan peraturan mengenai e-rokok dan vape termasuk sekatan ke atas pemasaran dan pengiklanan dan meningkatkan pendidikan awam tentang bahaya penggunaan nikotin,” katanya.

Beliau berkata demikian berikutan kemas kini bahawa akan ada mesyuarat tidak lama lagi oleh Lembaga Racun untuk membincangkan pengecualian kawalan nikotin di bawah Akta Racun 1952 untuk membolehkan ia dikenakan cukai oleh kerajaan.

Memetik kajian Kementerian Kesihatan (KKM), Amrahi berkata, kelaziman penggunaan e-rokok dalam kalangan orang dewasa di Malaysia telah meningkat daripada 0.3 peratus pada 2015 kepada 1.3 peratus pada 2019 dan majoriti pengguna e-rokok di Malaysia adalah golongan dewasa muda berusia antara 18 dan 24 tahun.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Amrahi, berkata vape telah dikaitkan dengan lebih 40 kematian di seluruh dunia dengan lebih 2,000 kes kecederaan paru-paru dilaporkan di Amerika Syarikat manakala di Malaysia, terdapat beberapa kes kecederaan paru-paru dan kematian yang berkaitan dengan penggunaan e-rokok dan vape.

“Sebagai ahli farmasi, kami komited untuk mempromosikan kesihatan dan keselamatan awam. Nikotin, sama ada dalam bentuk cecair atau gel adalah bahan sangat ketagihan yang membawa risiko kesihatan yang ketara.

“Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan nikotin boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, paru-paru dan kanser. Selain itu, penggunaan nikotin semasa hamil boleh membahayakan janin yang sedang berkembang dan membawa kepada komplikasi semasa bersalin,” katanya.

Akta Racun 1952 telah digubal untuk melindungi orang ramai daripada bahaya bahan berbahaya, termasuk nikotin dan untuk mengawal penjualan, pembekalan dan penggunaannya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Bergerak Solo Di PRN Johor, Petanda Kuat Atau Menempah Bala? 

Memilih untuk bertanding sendirian dalam landskap politik yang sama berisiko memberikan isyarat bercelaru kepada pengundi; kerjasama dalam kerajaan, tetapi bers...

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Anak Ditampar Senator, Bapa Sedia Bawa Kes Ke Mahkamah

oleh Sophia Ahmad