web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Penyanyi Fugees Jalani Perbicaraan Berkaitan Skandal 1MDB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 5:46PM

Pras Michel - Gambar dari Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON – Pemilihan juri dalam kes perbicaraan artis Pras Michel yang popular pada 1990-an sebagai sebahagian daripada kumpulan rap Fugees, bermula semalam di Washington.

Pemuzik memenangi Grammy itu didakwa memainkan peranan dalam konspirasi antarabangsa dan skandal rasuah yang diketuai seorang pembiaya Malaysia, menyebabkannya boleh dipenjara selama beberapa dekad.

Warga Haiti-Amerika berusia 50 tahun itu, menghadapi 12 pertuduhan dikaitkan dengan sumbangan haram untuk kempen pemilihan semula Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada 2012 dan rancangan kedua yang didakwa usaha melobi secara rahsia berkaitan dengan pentadbiran Donald Trump.

Hampir tiga dekad selepas pelancaran album The Score, Michel kini dikecam berhubung wang lebih AS$100 juta (RM440 juta) yang didakwa dibayar kepadanya antara 2012 dan 2017 oleh pembiaya Malaysia, Low Taek Jho.

Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low adalah dalang utama dalam skandal 1MDB yang menggemparkan ahli politik dan kewangan Malaysia.

 Jho Low
Jho Low

Menurut kertas pertuduhan, Michel menyalurkan sebahagian daripada wang itu untuk kempen pilihan raya Obama pada 2012 dengan menyembunyikan sumber dana melalui syarikat tidak aktif.

Perbuatan warga asing menyumbang kepada kempen pilihan raya AS adalah salah di sisi undang-undang.

“Objek konspirasi itu adalah untuk Michel dan Jho Low mendapat akses kepada dan potensi pengaruh bersama, Calon A dan pentadbirannya, dengan secara rahsia menyalurkan wang asing daripada Jho Low melalui Michel,” katanya.

Dokumen mahkamah menyatakan Michel kemudian berjanji untuk bergantung kepada pentadbiran Trump bagi menggugurkan siasatan terhadap peranan Jho Low dalam penyelewengan berbilion dolar daripada 1MDB.

Jho Low yang masih bebas tanpa diketahui keberadaannya, didakwa pada 2018 atas pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan penyelewengan dana itu.

Dia dan beberapa yang lain dianggap menggunakan wang itu untuk membeli kediaman mewah, kapal layar, seni dan melabur dalam produksi filem, termasuk The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio.

Pelakon itu antara beberapa saksi yang boleh dipanggil untuk memberi keterangan.

Pertuduhan itu juga berkaitan dengan konspirasi yang didakwa pada 2017 di mana pemuzik terbabit bersetuju mengambil bahagian dalam usaha melobi secara rahsia untuk membantu kerajaan China ‘menjamin kepulangan’ jutawan Guo Wengui yang tinggal di AS.

Guo ditahan awal bulan ini atas dakwaan berasingan, iaitu menipu ribuan pelabur untuk memperkayakan dirinya.

Bukti mengenai kes itu sebahagian besarnya telah dikecualikan daripada perbicaraan Michel. – AFP, 28 Mac 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad