web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Puas Hati Lawatan Sehari Ke Kemboja, Bincang Pelbagai Isu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 7:00AM

Anwar (kanan) menyampaikan syarahan agama selepas menunaikan solat Isya’ dan Tarawih bersama Ulama dan Masyarakat Islam di Kemboja di Masjid Al-Serkal hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja kerana berpeluang membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau serta antarabangsa dengan rakan sejawatannya Hun Sen.

Bercakap kepada media Malaysia di penghujung lawatannya, Anwar berkata beliau sangat menghargai jemputan rakan sejawatannya itu, seterusnya memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin sejak 66 tahun lepas.

“Dalam mesyuarat dua hala, Hun Sen turut mempelawa Malaysia supaya menggunakan produk buluh tempatan di sini, selain saya juga berpeluang berbuka puasa dengan 6,000 orang Islam di Kemboja dalam majlis yang dihoskan oleh Hun Sen.

“Saya juga berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan dari Malaysia di Kedutaan Malaysia di sini,” katanya.

Sementara itu Anwar berkata isu ketegangan di Myanmar yang dibangkitkan oleh Hun Sen lebih sesuai dibincang dan dirundingkan di peringkat ASEAN.

Menurutnya ini kerana isu di Myanmar itu adalah politik dalaman negara berkenaan, dan ASEAN merupakan platform terbaik untuk membincangkannya sebagai satu pasukan.

Anwar tiba di sini pagi semalam bagi memperkukuh lagi hubungan dan kerjasama dua hala yang terjalin antara Malaysia dan negara itu sejak 1957.

Sebaik tiba, Perdana Menteri dibawa ke Peace Palace di sini yang merupakan pejabat rasmi perdana menteri Kemboja untuk diberikan sambutan rasmi dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, diikuti acara lintas hormat diiringi Hun Sen.

Kedua-dua pemimpin kemudian mengadakan pertemuan dua hala bagi membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa, disusuli dengan sidang media bersama untuk memaklumkan hasil perbincangan sebelum menyaksikan pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Kemboja.

MoU itu adalah mengenai Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang Pekerja Kemboja bagi Sektor Domestik serta Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang Pekerja Kemboja bagi Sektor Formal yang akan memperkasakan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam sektor perburuhan.

Anwar turut menghadap Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni di Istana Diraja Kemboja selain mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat Kemboja Say Chhum dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja Heng Samrin.

Selepas bersolat Tarawih dan menyampaikan tazkirah ringkas di Masjid Al-Serkal, Anwar berlepas pulang ke tanah air. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar