web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia, Kemboja Tingkatkan Kerjasama Dalam Pelbagai Sektor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 4:46PM

Anwar (kiri) menghadiri majlis sambutan rasmi oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Sen (kanan) di Istana Keamanan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Malaysia dan Kemboja berharap dapat tingkatkan kerjasama dalam sektor pelaburan, industri halal, teknologi digital, pendidikan dan pertahanan, bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu berkenaan telah dibincangkan dan menjadi antara keutamaan yang dibangkitkan semasa mesyuarat dua hala yang diadakan di Istana Keamanan di sini, hari ini.

“Perbincangan adalah sangat terperinci dan menyeluruh... menyentuh isu-isu perdagangan dan pelaburan yang menjadi keutamaan kami dalam hubungan dua hala, selain beberapa isu lain yang menjadi perhatian,” katanya dalam sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen sempena lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja.

Terdahulu, Anwar dan Hun Sen menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Kemboja.

MoU berkenaan berkaitan Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang pekerja Kemboja dalam sektor domestik serta Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang pekerja Kemboja di sektor formal bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam sektor buruh. 

Mengenai industri halal, perdana menteri berkata Malaysia sudah menerajui sektor berkenaan dan ia akan memberi peluang kepada kedua-dua Malaysia dan Kemboja untuk menggunakan kemudahan itu bagi menggalakkan dan memudahkan eksport ke negara Islam, khususnya di Timur Tengah.

Anwar juga menyentuh mengenai kejayaan pengeluaran beras di Kemboja dan beliau akan menggalakkan syarikat beras Malaysia dalam memenuhi keperluan import beras agar dapat mempertimbangkan pilihan mengimport beras dan kacang gajus dari Indocina.

“Perdana menteri (Kemboja) menyebut tentang kejayaan pengeluaran beras, yang patut dipuji walaupun anda kata ada lebihan... saya tahu sebenarnya pengeluaran beras bukan sesuatu yang mudah tetapi anda berjaya meningkatkan produktiviti,” katanya.

Kedua-dua negara menurut Anwar, turut bersetuju untuk menggunakan buluh yang terdapat di Kemboja bagi menarik pelabur dalam memproses dan mengeksportnya.

“Anda (Hun Sen) telah menyebut isu keperluan untuk meneruskan latihan selain daripada urusan kerajaan-ke-kerajaan seperti pertahanan dan kepakaran teknikal dan pentadbiran.

“Mengenai teknologi digital dan pendidikan, sudah tentu kita akan dapat bekerjasama, sebaik sahaja jawatankuasa bersama bersidang, mudah-mudahan menjelang akhir tahun. Saya rasa giliran Malaysia menjadi tuan rumah selepas beberapa  tahun berlalu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad