web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawatan Arab Saudi: Rakyat, Pembangkang Harus Pertahan Anwar, ‘Ini Maruah Negara’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 12:45PM

Hassan Abdul Karim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seluruh rakyat, termasuk pemimpin politik harus berasa marah dan mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya benar beliau dimalukan keluarga Raja Saudi, bukannya ‘bertepuk tangan’, memandangkan ia turut memberi implikasi terhadap nama baik serta maruah negara.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, sebagai seorang rakyat yang patriotik, setiap individu dan semua pihak perlu pandai membezakan persaingan politik dalam negeri dengan antarabangsa membabitkan Malaysia.

“Berbalahlah mengenai isu dalam negeri, kalau itu dimahukan, kalau itu perlu, tetapi berkaitan isu politik antarabangsa kita seharusnya tidak wajar bergaduh.

“Misalnya dalam isu lawatan Perdana Menteri ke Saudi Arabia, baru-baru ini. Kita kena pertahankan nama baik dan maruah negara kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, lawatan kerja Anwar selama tiga ke Arab Saudi bermula 22 Mac lalu, mencetuskan ‘kontroversi’, selepas pembangkang mendakwa kononnya ia gagal susulan delegasinya seolah-olah tidak diendahkan pemimpin utama negara berkenaan.

Mereka mendakwa kehadiran Anwar dan delegasinya hanya disambut Gabenor Jeddah, bukannya Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz dan Putera Mahkota, Mohammed Salman.

Pihak terbabit turut mendakwa tiada pertemuan diadakan antara Anwar dengan kedua-dua pemimpin itu, selain beliau tidak dibawa masuk ke dalam Kaabah yang berbeza dengan layanan diterima beberapa Perdana Menteri Malaysia ketika lawatan ke sana.

Hassan berkata, apa harus diingat semua pihak, termasuk pembangkang adalah Anwar bukan Perdana Menteri untuk rakyat Tambun atau penyokong gabungan parti politik Kerajaan Perpaduan sahaja.

Katanya, Anwar adalah Perdana Menteri bagi 33 juta rakyat Malaysia.

Justeru, beliau menegaskan, Anwar tetap Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia yang bermaruah dan punya jati diri.

“Ini soal imej negara, bukan soal politik tahap rendah yang tidak kenal maruah bangsa dan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, perbuatan melanggar protokol diplomatik dilakukan kerajaan dan kerabat Raja Arab Saudi terhadap Anwar, bukan isu yang wajar dijadikan bahan persendaan, termasuk dalam kalangan parti politik pembangkang.

Sesiapa yang mengambil kesempatan memburuk dan memalukan Perdana Menteri dalam isu terbabit, tegasnya, perlu malu pada diri sendiri.

Menurutnya, ia kerana tindakan mempersendakan Anwar sebenarnya menunjukkan mereka mempersendakan diri sendiri.

“Anda yang cuba memalukan Anwar, sebenarnya anda memalukan diri anda sendiri.

“Kita mesti kenal sempadan. Dalam isu antarabangsa, kita perlu ingat peribahasa Melayu lama iaitu, ‘cubit peha kiri; peha kanan sakit juga’,” katanya. - Getaran, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 45 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad