Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keperluan Dialisis Meningkat, Kesedaran Kesihatan Buah Pinggang Perlu Ditingkatkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 8:52PM

Antara punca utama penyakit buah pinggang tahap akhir (ESKD) ialah diabetes - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Adalah penting untuk memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kesihatan buah pinggang berikutan jumlah penghidap penyakit buah pinggang tahap akhir (ESKD) yang menjalani dialisis di Malaysia dijangka mencecah 106,000 orang pada 2040, menurut seorang perunding nefrologi. 

Dalam satu kenyataan bersama Hari Buah Pinggang Sedunia, Dr Wong Hin Seng dari Pusat Perubatan Sunway berkata antara punca utama ESKD ialah diabetes, yang merupakan 53 peratus daripada kesemua pesakit ESKD pada 2021, dituruti oleh penyakit darah tinggi yang menyumbang kepada 33.9 peratus jumlah pesakit. 

“Memandangkan kedua-dua penyakit ini adalah punca utama penyebab ESKD, adalah penting seseorang itu menjalani gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko menghidap diabetes dan darah tinggi.

Jika individu yang menghidap diabetes dan/atau darah tinggi , mereka perlu memastikan penyakit mereka dikawal secara optimum. Mereka seharusnya memantau kesihatan buah pinggang mereka secara tetap dengan ujian darah dan air kencing serta menjauhi ubat atau  tambahan ubat yang diketahui atau disyaki berpotensi menjadi bahan toksik kepada buah pinggang,” kata beliau. 

Untuk melindungi selanjutnya risiko ESKD, Dr Wong berkata lakukan penyaringan kesihatan secara tetap, mengekalkan diet sihat yang rendah garam dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, kekal aktif dan berhenti merokok kerana langkah-langkah ini bukan hanya menjaga kesihatan keseluruhan badan, malah juga buah pinggang.

Untuk melindungi selanjutnya risiko ESKD, Dr Wong berkata lakukan penyaringan kesihatan secara tetap, mengekalkan diet sihat yang rendah garam dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, kekal aktif dan berhenti merokok - Gambar Hiasan
Untuk melindungi selanjutnya risiko ESKD, Dr Wong berkata lakukan penyaringan kesihatan secara tetap, mengekalkan diet sihat yang rendah garam dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, kekal aktif dan berhenti merokok - Gambar Hiasan

Dr Wong berkata kelaziman penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat daripada 9.07 peratus pada 2011 kepada 15.48 peratus pada 2018, peningkatan 70 peratus dalam tempoh tujuh tahun.  

Beliau berkata berikutan kos dialisis adalah sangat mahal, ini akan seterusnya membebankan penjagaan kesihatan dan ekonomi negara dengan kewujudan 50,150 pesakit yang menjalani dialisis pada 2020.

Sementara itu, Dr Wong berkata pemindahan buah pinggang memberikan hasil yang jauh lebih baik daripada dialisis.

Bahkan, beliau berkata pemindahan buah pinggang sebelum dialisis dimulakan memberikan keputusan yang terbaik dan mengelakkan komplikasi daripada dialisis kronik.

“Maka, semua pesakit yang baharu dikesan mengalami ESKD seharusnya memikirkan dan meneroka pilihan pemindahan buah pinggang sebelum memilih dialisis jangka panjang. Kebaikan ketara pemindahan buah pinggang kepada pesakit dan keluarga ialah mereka tidak perlu lagi merancang kehidupan mereka menurut jadual dialisis pesakit,” katanya.

Dr Wong berkata mereka yang menerima sumbangan buah pinggang, selain daripada menjalani gaya hidup sihat, mereka hanya perlu komited untuk mengambil ubat  " immunosuppressant" sepanjang hayat bagi memastikan tubuh mereka tidak menolak buah pinggang sumbangan.

Dr Wong berkata pemindahan buah pinggang memberikan hasil yang jauh lebih baik daripada dialisis - Gambar Hiasan
Dr Wong berkata pemindahan buah pinggang memberikan hasil yang jauh lebih baik daripada dialisis - Gambar Hiasan

Bagaimanapun, beliau berkata adalah penting kepada kedua-dua pesakit dan penderma sedar bahawa buah pinggang yang disumbangkan itu mungkin tidak bertahan selamanya kerana buah pinggang penderma yang masih hidup, puratanya ia bertahan antara 15 hingga 20 tahun dan kadar kelangsungan hidup lima tahun kepada mereka yang menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang ialah 90 peratus.

Katanya ini adalah jauh lebih baik daripada dialisis yang kira-kira separuh daripada mereka masih hidup selepas lima tahun menjalani rawatan itu.

Dr Wong percaya adalah lebih baik untuk seseorang pesakit untuk menerima organ daripada penderma yang masih hidup yang telah dinilai keserasian mereka dan pembedahan pemindahan dilakukan mengikut perancangan.

“Penderma yang masih hidup boleh menyumbangkan buah pinggang mereka kepada pasangan mereka dan saudara peringkat pertama dan kedua. Saudara peringkat pertama ialah ibu bapa seseorang, anak atau adik-beradik seibu dan sebapa sementara saudara peringkat kedua ialah datuk, nenek, cucu, ibu saudara, bapa saudara, anak saudara lelaki dan perempuan atau adik beradik sama ada seibu atau sebapa,” katanya.

Oleh kerana kekurangan penderma dalam kalangan mereka yang meninggal dunia di negara ini, Dr Wong berkata purata masa menunggu pesakit yang menjalani dialisis menerima buah pinggang daripada penderma yang mati ialah lebih dari 10 tahun dan kebanyakan mereka meninggal dunia akibat penyakit dihidapi semasa menunggu organ yang akan diperoleh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Jaga Pemakanan Kalau Sayangkan Buah Pinggang dan Jantung

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Semasa 1 hari yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza