web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Inisiatif Pemilikan Rumah Diteruskan, Jaminan Pembiayaan Perumahan Sehingga RM5 Bilion - KPKT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 8:43PM

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) merupakan antara Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang telah dilancarkan oleh KPKT dengan kerjasama Kementerian Kewangan tahun lalu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun Program Skim Rumah Pertamaku (SRP) tidak diteruskan tahun ini, kerajaan melalui Belanjawan Madani 2023 telah bersetuju untuk meneruskan pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). 

Jurucakap Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, SJKP merupakan antara Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang telah dilancarkan oleh KPKT dengan kerjasama Kementerian Kewangan tahun lalu.

“Dalam pengumuman Belanjawan Madani 2023, kerajaan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad telah bersetuju menyediakan jaminan pembiayaan melalui SJKP sehingga RM5 bilion nilai pinjaman, yang bakal memberi manfaat kepada 20,000 peminjam memerlukan.

“SJKP merupakan program yang menawarkan pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan kepada golongan yang tidak berpendapatan tetap atau kumpulan ekonomi gig,” katanya hari ini.

Menurut beliau, 16,808 peminjam telah menerima manfaat dengan nilai pinjaman RM2.32 bilion daripada pelaksanaan SJKP sehingga 31 Disember tahun lalu.

“Pemohon yang tergolong dalam kumpulan sasaran terlibat di bawah SRP, masih boleh mendapatkan pembiayaan melalui SJKP ataupun Institusi Kewangan,” katanya.

Jelas beliau lagi, KPKT akan terus menyokong usaha membantu peminjam mencapai impian pemilikan rumah, selari dengan aspirasi dan keprihatinan kerajaan demi kesejahteraan rakyat. 

“Sehubungan itu, inisiatif ini akan membolehkan profil pembeli B40 dan M40 lebih kompetitif untuk mendapat tawaran pembiayaan rumah daripada institusi kewangan,” katanya. 

Kelmarin, media melaporkan bahawa SRP akan dimansuhkan mulai 1 April ini.

Perbadanan pengurusan skim tersebut, Cagamas Bhd menasihatkan individu yang berminat memohon pinjaman atau pembiayaan itu untuk mengemukakannya sebelum 31 Mac.

“Sila kunjungi mana-mana cawangan bank yang mengambil bahagian atau hubungi kami di talian 03-2262 1800 untuk maklumat lanjut," katanya menerusi satu notis ringkas di laman web perbadanan berkenaan pada Rabu.

Mengulas lanjut, jurucakap KPKT berkata, SRP telah diumumkan semasa Belanjawan 2011 bagi membantu golongan muda untuk memiliki rumah pertama. 

Jelasnya, yuran jaminan kepada Cagamas ditanggung oleh kerajaan dan Cagamas menyediakan jaminan supaya pembeli rumah mendapat amaun pinjaman yang lebih tinggi daripada institusi kewangan. 

“Sepanjang tempoh pelaksanaan program SRP, sebanyak RM19.9 billion nilai pembiayaan telah memberi manfaat kepada 86,708 peminjam. Namun begitu, tarikh tutup permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah ditetapkan pada 31 Mac 2023,” katanya. 

Getaran hari ini melaporkan, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) meluahkan kekhuatiran dengan pemansuhan SRP berkenaan. 

Jurucakap persatuan itu memaklumkan, SRP telah banyak membantu pembeli memiliki rumah pertama mereka. - Getaran, 24 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cadangan Pilihan Raya PBT Akan Dibincang Bersama KPKT - Dr Zaliha

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKT Beri Tempoh 2 Tahun Kepada Pengusaha Perkhemahan Patuhi Garis Panduan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKT Sasar Siapkan 20 Projek Terbengkalai Tahun Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Jalur Dan Laluan Pacu Pembangunan Malaysia - Menteri Pengangkutan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad