web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MAHB Catat Pergerakan Penumpang Lebih Tinggi Pada Februari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 7:19PM

MAHB berkata, jumlah pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang MAHB terus rancak dan merekodkan purata penumpang harian yang lebih tinggi berbanding Januari - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan jumlah pergerakan penumpang sebanyak 8.3 juta pada Februari, yang mana 3.9 juta adalah penumpang antarabangsa manakala 4.4 juta adalah domestik.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, jumlah pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang MAHB terus rancak dan merekodkan purata penumpang harian yang lebih tinggi iaitu 1,400 pada bulan lepas walaupun ia adalah bulan yang lebih pendek berbanding Januari.

“Peningkatan ini didorong oleh cuti sekolah di Malaysia dan juga pertambahan kekerapan penerbangan oleh syarikat penerbangan di Türkiye,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di Malaysia, ia berkata jumlah pergerakan penumpang yang direkodkan oleh lapangan terbang tempatan bagi Februari adalah memberangsangkan, mencatatkan 5.8 juta penumpang dan dengan purata pergerakan penumpang harian lebih tinggi sebanyak 3,480 penumpang berbanding Januari.

“Bagi purata pergerakan penumpang harian antarabangsa pula, ia mencatatkan peningkatan empat peratus berbanding bulan sebelumnya disumbangkan oleh pertumbuhan penumpang bagi sektor Korea Selatan, China dan Jepun,” tambahnya.

MAHB berkata, walaupun sektor China masih dalam fasa awal pemulihan, pergerakan penumpang untuk sektor itu meningkat sebanyak 61 peratus pada Februari berbanding Januari.

"Pergerakan penumpang domestik juga adalah positif berikutan cuti sekolah, dengan purata penumpang harian lebih 112,000, lebih kurang pada paras purata penumpang harian yang sama pada Januari," katanya.

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di Türkiye merekodkan jumlah pergerakan penumpang sebanyak 2.5 juta pada Februari 2023, yang mana pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik masing-masing mencatatkan 1.3 juta dan 1.2 juta penumpang.

 “Terdapat sedikit kejatuhan dalam keseluruhan trafik harian bagi tempoh lima hingga enam hari pertama selepas gempa bumi melanda selatan dan tengah Türkiye,” jelasnya.

Namun begitu, ia berkata "pergerakan penumpang meningkat dan mencatat pemulihan 92.9 peratus berbanding purata penumpang harian sebelum gempa bumi untuk hari-hari terakhir bulan lepas." - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek