web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Berbuka Puasa Bersama Rakyat Malaysia Di Jeddah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 7:00AM

Anwar (tengah) hadir pada Majlis Berbuka Puasa dan Makan Malam bersama Diaspora Malaysia di Arab Saudi semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEDDAH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa bersama-sama 200 rakyat Malaysia yang tinggal di sini untuk berbuka puasa bersama-sama mereka pada hari pertama bulan Ramadan.

Perdana Menteri yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi tiba di Konsulat Malaysia di sini kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.

Beliau diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta  Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Biarpun berada di Timur Tengah, juadah Malaysia tidak dilupakan dalam hidangan antaranya kuih seri muka dan minuman sirap bandung.

Anwar dalam ucapan ringkasnya mengucapkan kesyukuran kerana berpeluang melawat Arab Saudi dalam bulan Ramadan ini.

“Kebetulan kita dapat menyambut Ramadan dan kebetulan dapat beramah mesra dengan saudara-saudari. Semoga kita dapat pulihkan imej negara, angkat martabat umat Islam dalam negara,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri berpeluang bertemu komuniti perniagaan tempatan dan Malaysia di ibu pejabat Bank Pembangunan Islam di sini dan berucap di hadapan mereka.

Dalam ucapannya, Anwar mempelawa komuniti perniagaan di Arab Saudi untuk lebih banyak melabur di Malaysia berikutan Malaysia mempunyai kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas.

Beliau dijangka mengakhiri lawatan rasminya di Arab Saudi hari ini.

Hampir 5,000 rakyat Malaysia tinggal di Arab Saudi dan kira-kira 800 orang daripada mereka berada di Jeddah dan Makkah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 5 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad